Monday 13 June 2011

SIMPLE TAPI MELELEH : SINGAPORE NOODLES,CHINESE WEEK,CHINESE FOOD

Sekarang ni minggu Chinese Food, sebenarnya saya ni memang peminat tegar masakan Asia, terumatamanya Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Suka sangat...,sempena minggu masakan cina, hari ni saya masak Singapore Noodle. Namanya tak ada lah macam cinakan, tapi rasa ada, dari segi komen dan rating, saya dan suami bagi 5 bintang, sebab cukup rasa, ada pedas, kena dengan rasa bawang putih dan ada rasa rempah, kena pulak rasa lemak2 cendawan ..cubalah, untuk pengetahuan kawan2 mee ni diletakkankan sedikit rempah kari....buatnya pun tak lama....untuk melengkapkan lagi menu hari ni, disamping mee ni , saya masakkan jugak sup fish ball. 

Ok, sembang, sembang jugak, apa kata kita tengok resepinya, Resepinya saya ambil dari buku yang saya beli dalam entri terdahulu, tetapi saya telah ubah bahan2 mengikut citarasa, dan mengikut apa yang ada di sini.


SINGAPORE NOODLES ( 4 orang)
source: chinese,hermes house

Bahan2: 

5 keping cendawan cina kering - direndam dan dihiris
250gm mee telur ( saya guna mee sanggul)
1 sudu besar minyak bijan
3 ulas bawang putih - dicincang ( saya guna 1 labu bawang putih)
1 biji bawang besar bersaiz sederhana - didadu
3 biji cili padi - dihiris halus memanjang
2 sudu kecil serbuk kari
2 batang kacang panjang dipotong
sedikit daun kucai
4 helai daun bawang
2 sudu besar kicap  
 udang(dibuang kulit) - terpulang mahu berapa ekor
Minyak zaitun 2 sudu besar
garam secukup rasa

Cara:

Cendawan direndam didalam air suam didalam bekas tertutup selama 30 minit dan simpan airnya.Mee dicelur didalam air yang mendidih, kemudian diangkat dan dititik dengan minyak bijan, ketepikan. Panaskan minyak, masukkan bawang putih,bawnag merah, dan cili padi sehingga garing, kemudian masukkan rempah kari, diikuti dengan udang, goreng sebentar       ( jangan sampai rempah hangus), kemudian masukkan cendawan, kacang panjang, daun kucai, daun bawang, goreng  3- 4 minit sampai sayur lembut tetapi rangup   (  errr  fahamkan?), kemudian, masukkan mee, kicap dan air rendaman cendawan kedalam kuali, kacau selama 2-3 minit, bolehlah diangkat...             

NOTA : BLH JUGA LETAK TAUGEH JIKA SUKA.                                                                                              




FISH BALL SOUP

Bahan:-

1 paket fish ball
1 batang lobak merah bersaiz sederhana - dipotong baji
1/2 inci halia - dipotong mancis
5 ulas bawang putih - dicincang
 2 helai daun sup dipotong panjang
 3 helai daun bawang dipotong panjang
3 helai daun kucai dipotong panjang
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
minyak bijan 2-3 titis
1/2 sudu minyak zaitun
2 cawan air.


Cara:

Tumiskan minyak bawang putih dan halia hingga naik bau,masukkan air, bersama2 lobak merah, biarkan mendidih, apabila mendidih masukkan fishball, kemudian rasakan dengan garam, dan lada sulah.masukkan ke tiga 3 jenis daun tersebut dan akhir sekali titiskan beberapa titis minyak bijan jika suka,. Siap untuk dihidangkan...

CHINESE WEEK

En Suami dah mula OJT dekat Tasnee, minggu ini, jadi waktu kerja telah bertukar mengikut shift, kebetulan pula, hari off jatuh pada hari kelas saya takda, jadi, kami pun pergi lah jalan2 ke sebuah kedai buku dekat2 sini, En suami nak cari a few items untuk kerja2, Nuhin ke seksyen kegemaran dia, dan saya pulak ke seksyen kegemaran saya, dan inilah yang saya dapat untuk hari tu, sebuah buku masakan kegemaran saya, banyak resepi masakan Asia terutamanya Chinese, jepun dan korea, saya sangat teruja dan gembira....memang confirm, minggu depan akan jadi minggu masakan cina..nantikan ye, resepi2 yang akan saya kongsikan dalam entri yang akan datang.


SR49,The Bargain Value

Langkah demi langkah pun ada

I'can't wait to try all these recipes!!

No comments:

Post a Comment