Wednesday 5 September 2012

CRISPY NOODLES MASAK CARA KANTONIS

Ok, seperti yang dijanjikan kek sini den tempekkan antara resepi yang den masak dengan crispy egg noodles tu....

Sebelum tulis resepi , nak bagitau, saya ni jenis memasak yang main agak2...jadi sukatan yang saya tulis mungkin tak lah seratus peratus tepat, mungkin boleh ejas lah ikut suka tekak sendiri... :D



CRISPY EGG NOODLES MASAK ALA KANTONIS CARA ZARIF
SUMBER : Zarif nuhin

Bahan2 :-

Bawang putih ( lagi banyak lagi sedap) , di ketuk2 dan buang kulit dan cincanghalus
Tepung Jagung - 1-2sudu besar dicampur dengan sedikit air
Telur - 1 biji
kiub ayam - 1/4 ( satu ketul tu bagi enam)
garam - cukup rasa
sayur-sayuran mengikut citarasa ( saya guna brokoli, lobak, dan capsicum)
ayam, udang, sotong atau apa sahaja yg menjadi kegemaran
Sedikit air untuk kuah - agak2 dalam 2 cawan kot

Hiasan :
Cilipadi + Kicap Cair  atau cili jeruk


Cara -

Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih  hingga garing tapi jangan sampai hangus ( nanti warna kuah tak cantik jadi coklat). Kemudian, masukkan bahan-bahan mentah seperti ayam, udang dan sotong, balik2kan sekejap dan masukkan air  sampai mendidih, rasakan dengan garam dan kiub, kemudian masukkan sayur2an diikuti tepung jagung ( ikut kepekatan yg anda suka) dan pecahkan telur dan dikacau sedikit. tutup api. Letakkan crispy noodles dalam pinggan, curahkan kuah tadi ,,then bolehlah ngapppp...hehehehe. sedap makan masa panas2.

Thursday 30 August 2012

KEMBALI BERSIARAN : HOMEMADE CRISPY EGG NOODLES

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya...

Rasanya memang dah terlalu lama sangat tak update blog ni,mulanya rasa dah macam nak tutup aje, dan segala acara masak memasak nak update dekat SETEGUK ZAMZAM SEBUTIR TAMAR saja, tapi memandangkan ramai pulak yang email cakap tak payah pindahkan ke sana dan paksa saya update blog ni, maka kugagahkan jua...terima kasih diucapkan pada yang sudi memberitahu....

ok, untuk permulaan baru, resepi pertama nak share adalah Crispy Egg  Noodles...yang saya rasakan sangat sedap, dan pelbagai guna...heehee...nak jadikan macam mamee pun boleh, nak jadikan macam yee mee pun buleh...

Resepi ni saya jumpa ketika cari2 resepi nak buat mee macam mee maggi /mamee sbb kat sini susah sangat nak cari mee yang macam kat Malaysia...banyak tu banyak mee yang dijual, tapi mungkin tak sesuai dengan tekak saya yang agak cerewet  ni.

CRISPY EGG NOODLES
Sumber : http://daridapurmaisya.blogspot.com

Crispy..kalau makan macam mamee pun sedap, tambah rempah kari dan garam seket, sbg perasa....my son suka sangat2...


Resepinya sangat senang :

2 tbsp minyak - Saya guna minyak zaitun
1 telur saiz besar
11/2 cawan tepung
1/4 air

Cara saya :-
Dalam satu bekas ( gelas ) satukan telur, minyak dan air, kacau sebati dengan garfu. Manakala dalam satu bekas besar, masukkan tepung dan buat lubang ditengah2, kemudian masukkan bahan2 cair tadi, kacau sebati dan uli hingga menjadi doh, bila dah jadi doh, boli canai nipis dan potong atau boleh guna mesin mee / pasta machine. Buat macam mee kuning tu la...

Panaskan periuk berisi air dan didihkan. Bila air dah mendidih, bolehlah masukkan satu sudu besar minyak, dan masukkan mee ( masa masukkan mee, api hendaklah dalam keadaan sederhana), rebus hingga masak, ( kejap je, tak sampai lima minit pun), angkat dan toskan gaulkan dengan satu sudu besar minyak lagi bagi mengelak mee melekat.

Cara seterusnya, leraikan mee tersebut, dan buatlah bentuk 4 segi macam maggi tu, susun dalam dulang dan jemur hingga kering...bila dah kering, bolehlah digoreng dalam minyak yang panas...dan jeng..jeng...sedia untuk dimakan begitu sahaja atau buat apa saja masakan yang disukai...macam saya saya suka cantonese style, kung fu ke atau pun sizzling....nanti esok lusa, insyaAllah, saya akan masukkan resepi yang berkaitan dengan crispy egg noodles nih....

selamat mencuba.

Sunday 25 December 2011

ROTI BOY /MEXICAN BUN ALLA ZARIF


Dah lama ada request suruh buat roti boy ni..tapi mengenangkan 2,3 kerja juga nak kena buat, projek tu tertangguh-tangguh sampai lah satu hari tu , bila pi rumah kawan kat Riyadh, tolong dia buat baru tahu rupanya tak de lah leceh mana buatnya.....so, kebetulan hari  ni ada jemputan dari kawan, saya pun merajinkan diri buat roti ini...:)

Resepinya saya ambil dari myresepi....so inilah hasilnya....

Roti Boy / Mexican Bun

Untuk resepi saya copypaste sahaja dari Myresepi.


Komen dari hubby : 2 thumbs up sama mcm Mexican Bun Kat Malaysia ..( wa dalam hati kembang  semangkuk you...:P )


Resepi Sumbangan : Lilydvalley My resepi

Bahan untuk Filling
a)200 gm mentega
b)1/2 teaspoon vanilla essence
c)70 gm brown sugar

Bahan Untuk Topping
a)200 gm mentega
b)160 gm gula icing
c)3 biji telur grade A- pukul sedikit 
1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum

Cara:
Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Bahan doh roti :
  • 500 gm tepung berprotin tinggi - diayak 
  • 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur - dipikul
  • 250 ml air @ susu segar  ( jangan guna susu segar jika dah masukkan susu tepung )
  • 60 gm mentega
Cara membuat doh :
  1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.Masukkan telur dan air @ susu segar.
  3. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  4. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti @ filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega @ minyak @ tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm. 
  5. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  6. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Saturday 26 November 2011

CARAMEL CROISSANT PUDDING - NIGELLA LAWSON

Keluarga saya memang peminat puding roti...apa sahaja jenis puding roti, mesti suka...hari tu masa cari2 resepi puding roti , saya ternampaklah mak cik cun Nigella Lawson ni buat  caramel croissant pudding yang mana sangat cepat, senang dan nampak lazat ya amat....

Masa kat Malaysia dah cuba buat dan bawa ke pejabat, dan Alhamdulillah semua cakap sedap, dan suruh buat lagi ( bukan minta resepi nak buat sendiri, sebaliknya suruh buat lagi...sabarje lah kawan-kawan ku ini ).

Jadi, kebetulan hari tu butter croissant  ni ada sale dekat Carefour, saya  beli la..., dan taraaa...terhasillah Caramel Croissant pudding setelah 2 tahun tak buat, rasanya memang lemak, berkrim dan memang lazat....saya gerenti kalau makan satu sudu, mesti nak 2 sudu...sedap tau..kalau makan masa panas tu lagilah menambah kelazatannya...tak percaya?? apa kata korang semua cuba buat...senang je pun...



CARAMEL CROISSANT PUDDING 

Bahan2 :-

100gm gula putih
sedikit air - untuk di didihkan dengan gula nanti
125ml double cream ( saya campurkan double cream dan whipping cream )
125ml susu segar ( saya pernah guna susu cair -feedback cakap rasanya lebih lemak )
2 biji telur - kacau manja
1 sudu kecil vanilla  - untuk gantikan wine
secubit garam untuk tajamkan rasa
2 -3 biji roti croissant( kalau ada yang buter, lagi bagus ) - disiat2kan dan letak dalam bekas untuk dibakar nanti ,ketepikan.

Cara2 :-

Gula didihkan bersama air hingga bertukar warna kecoklatan ( macam buat gula hangus ), jangan kacau, hanya lenggangkan periuk mcam tu aje. Bila dah bertukar warna, tutup api, dengan cepat-cepat masukkan cream, susu dan kacau cepat - cepat untuk mengelakkan caramel mengeras, in case keras jugak buka api kecil dan bagi cair semua sebati, bila dah sebati, tutup api dan masukkan telur kacau lagi, masukkan garam dan vanilla tadi, kacau kejap untuk sebatikan. Kemudian, tuangkan campuran caramel tadi ke dalam bekas pembakar yang telah diletakkan butter croissant  tadi, tekan2 sikit roti tu dan boleh bakar selama 30 minit dengan suhu 180 - 200 celcius. Makan panas-panas memang sedap...terangkat tau.

Sunday 16 October 2011

CLASSIC SCONES WITH HOMEMADE BERRIES JAM

I love scones!!!, Sebenarnya dah 2,3 hari rasa nak makan scones ni, tapi memandangkan saya tak berapa rajin, jadi saya tangguhkan dulu sampailah betul-betul rajin hari ni, cuma hari ni saya cuba resepi lain yang saya ambil dari Good Food.com.

Masa buat scones ni teringat saya dekat anak saudara saya, Sarah, masa kat kertih dulu kami sama-sama buat ni, tapi masa tu guna tepung segera, masa tu ingat lagi SArah cakap, lain kali mak long buat la ....baru rasa nikmat lebih sket...hehehhehe, so Sarah, this is for you okeh.....

Classic Scones + Homemade Jam + Cream + Hot Cappuccino...heaven sesangat....


 Bahan - bahan :
350g Tepung Naik Sendiri ( tambahan untuk tabur atas papan canai )
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
85g butter ( saya guna unsalted)
175ml susu segar
3 sudu besar gula caster
1 sudu teh vanilla
sedikit perahan air lemon ( lebih kurang 2-3 sudu besar )
Telur untuk sapu atas scones nanti
Jam, Cream atau apa2 je lah untuk makan dengan scones nanti

CARA :
Panaskan oven pada suhu 180 darjah ( terpulang pada jenis oven)
Satukan semua bahan kering, dengan menggunakan hujung jari gaulkan bahan kering dengan butter hingga menjadi seperti serbuk roti.
Kemudian panaskan susu selama 30 minit dalam microwave ( jgn terlalu panas), tapi sebab saya tak de microwave, saya panaskan atas dapur hingga suam-suam kuku, maknanya masih boleh celup jari dalam susu tu, kemudian masukkan air lemon kedalam susu suam tadi.
Setelah itu kacau sebati dan masukkan susu suam tadi kedalam adunan kering dan gaul cepat-cepat dengan menggunakan garfu,sampai sebati, adunan akan kelihatan sedikit lembik pada mulanya. Kemudian taburkan sedikit tepung diatas papan pencanai dan letakkan adunan kemudian canai ikut ketebalan yang dikehendaki, kalau nak nipis canai nipis, kalau nak tinggi cantik tu canai tebal sikit, selepas itu bolehlah potong dengan menggunakan acuan bulat atau apa2 acuan yang anda suka....letakkan di dalam dulang pembakar yang telah dileser mentega,sapukan telur pada permukaan scones, kemudian bakar selama 10 minit atau hingga kuning keemasan atau hingga masak.

Notes :  makan panas2 lebih sedap, tapi kalau nak frozenkan biarkan betul-betul sejuk kemudian simpan dalam bekas dan simpan dalam freezer.Bila nak makan panaskan dalam oven seketika.

P/S : ini basic resepi nya, untuk scones saya sebelum mencanai saya tambahkan sedikit buah-buahan kering.

Ok, selamat mencuba...ermm seronok makan scones panas-panas, sambil hirup kopi / teh panas dan bayangkan duduk kat tempat-tempat tinggi dan sejuk......

HOMEMADE BERRIES JAM

Frozen Mix Berries
Gula Batu

CARA :
Masak Berries bersama gula ( jumlah gula terpulang pada manis yang dikehendaki )
Masak hingga pekat, kalau kena cara masak jam ini akan tahan berbulan-bulan, InsyaAllah

Saturday 15 October 2011

SIMPLE TAPI MELELEH : AVOCADO DESSERT

Saya memang suka makan avocado atau apa sahaja jenis buah. Kalau tak pernah makan pun saya akan makan. Jadi bila duduk kat sini avocado senang nak dapat, dan harganya kira berpatutan, ada yang murah dan ada yang mahal biasanya mengikut gred dan dari mana buah tu datang.

Selain rasanya yang lemak ala isi kelapa muda gitu, banyak lagi khasiatnya.Dulu, saya pernah buat entri pasal buah ni dulu, kalau nak tahu jenguklah kat  sini

Ok, selain buat jus,atau sos saya suka juga buat dessert, caranya yang amat senang dan mudah yet soo sedap uols..buatnya tak sampai 2 minit

Avocado with Milk n Honey....


caranya senang aje, ambil sebiji atau dua avocado yang masak,pastu potong buah tu dan letak dalam mangkuk, kemudian tuangkan susu segar ( i used full cream ) sejuk, dan saya tambah satu sudu teh madu, boleh letak 2,3 ketul air batu jika suka., then boleh lah makan....Ya Allah...sedapnya.....

Sunday 2 October 2011

Chilled Manggo Cheesecake

Hi all...

Beberapa hari yang lepas , saya buat Chilled Mango Cheesecake...ni semua gara2 tengok gambar En Mat Gebu kita.....geram sungguh, sekarang dekat Saudi bukan musim mangga, jadi susah sikit nak cari, kalau ada pun mahal, sekilo sampai SR24, tapi dah geram punya pasal, saya beli jugak, tapi sebiji aje....

Dengan semangat yang berkobar2, saya pun mulakanlah operasi...dan Alhamdulillah, menjadi sebagaimana yang dibayangkan...suka...suka sangat...

Komen saya, sejujurnya, rasanya totally tak sama dengan blueberry chilled yang pernah saya buat dulu..masing2 sedapnya berbeza, rasa cheese tu tak terasa sangat...dan manis sikit pun ya..mungkin sebab mangga tu dah sangat manis..jadi next time kalau nak buat kena kurangkan gula la kot..dan kalau saya, saya lebih suka kalau cheesecake tu masam..so lain kali nak tukar pada buah2 yang masam seperti strawberry, blueberry, atau apa2 berries lah ,tapi apa2 pun feedback dari orang2 yang telah memakannya, cakap sedap... Alhamdulillah.

Yang saya suka buatnya amatlah mudah, cepat....dan tak sakit kepala nak tunggu kek masak....kacau itu ini, masukkan dalam peti ais, then boleh tunggu sambil tengok tv...hehehe...

Marble no - bake cheesecake..yg buat dulu, resepi nanti lah ye


Ok jom tengok resepi...




MANGO CHILLED CHEESE CAKE
SUMBER : DAPUR TANPA SEMPADAN
RESEPI ASAL : KAT SINI

Bahan2 :

200 gm biskut marie ( I used digestive )
100 gm mentega - dicairkan
250 gm cream cheese ( i used 220gm, itu aje yang ada )
60gm gula halus
2 buah mangga masak 1 kisar isinya, 1 lagi didadu ( since i bli sebiji saiz besar, jadi sebelah dadu dan sebelah lagi kisar )
1 1/2 sudu besar gelatin halal
125ml air suam
200ml whipping cream, disejukkan  ( i used 220ml )

CARA2 :

1.Biskut marie dihancurkan  dan masukkan mentega cair sikit2 hingga dapat adunan yang boleh dikepal..

2. Ratakan biskut kedalam loyang untuk memudahkan kek dikeluarkan dicadangkan guna "spring-form", (saya guna spring form 8 inci,) bila dah ratakan dan mampatkan letak loyang dibahagian sejuk-beku peti ais.

3. Sementara itu, putar cream cheese dan gula halus hingga menjadi krim dan kemudian masukkan puree mangga.sebatikan dan ketepikan.

4. Dalam bekas yang lain, putar whipping krim hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cream cheese, gaul sebati ( saya gaul dengan spatula sahaja )

5. Gelatin dilarutkan didalam air suam hingga betul2 larut hingga jernih..dan masukkan kedalam adunan cream cheese, gaul sebati, kemudian masukkan sebahagian daripada mangga yang didadu tadi kedalam adunan,

6. Tuang adunan kedalam loyang yang disejukkan tadi, ratakan, dan simpan semula dibahagian bawah peti ais selama 3-4 jam...

7. Potong dan boleh makan...sedapppp.....

p/s : selain mangga, boleh juga diganti dengan buah buahan lain...:D