Wednesday 5 September 2012

CRISPY NOODLES MASAK CARA KANTONIS

Ok, seperti yang dijanjikan kek sini den tempekkan antara resepi yang den masak dengan crispy egg noodles tu....

Sebelum tulis resepi , nak bagitau, saya ni jenis memasak yang main agak2...jadi sukatan yang saya tulis mungkin tak lah seratus peratus tepat, mungkin boleh ejas lah ikut suka tekak sendiri... :D



CRISPY EGG NOODLES MASAK ALA KANTONIS CARA ZARIF
SUMBER : Zarif nuhin

Bahan2 :-

Bawang putih ( lagi banyak lagi sedap) , di ketuk2 dan buang kulit dan cincanghalus
Tepung Jagung - 1-2sudu besar dicampur dengan sedikit air
Telur - 1 biji
kiub ayam - 1/4 ( satu ketul tu bagi enam)
garam - cukup rasa
sayur-sayuran mengikut citarasa ( saya guna brokoli, lobak, dan capsicum)
ayam, udang, sotong atau apa sahaja yg menjadi kegemaran
Sedikit air untuk kuah - agak2 dalam 2 cawan kot

Hiasan :
Cilipadi + Kicap Cair  atau cili jeruk


Cara -

Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih  hingga garing tapi jangan sampai hangus ( nanti warna kuah tak cantik jadi coklat). Kemudian, masukkan bahan-bahan mentah seperti ayam, udang dan sotong, balik2kan sekejap dan masukkan air  sampai mendidih, rasakan dengan garam dan kiub, kemudian masukkan sayur2an diikuti tepung jagung ( ikut kepekatan yg anda suka) dan pecahkan telur dan dikacau sedikit. tutup api. Letakkan crispy noodles dalam pinggan, curahkan kuah tadi ,,then bolehlah ngapppp...hehehehe. sedap makan masa panas2.

Thursday 30 August 2012

KEMBALI BERSIARAN : HOMEMADE CRISPY EGG NOODLES

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya...

Rasanya memang dah terlalu lama sangat tak update blog ni,mulanya rasa dah macam nak tutup aje, dan segala acara masak memasak nak update dekat SETEGUK ZAMZAM SEBUTIR TAMAR saja, tapi memandangkan ramai pulak yang email cakap tak payah pindahkan ke sana dan paksa saya update blog ni, maka kugagahkan jua...terima kasih diucapkan pada yang sudi memberitahu....

ok, untuk permulaan baru, resepi pertama nak share adalah Crispy Egg  Noodles...yang saya rasakan sangat sedap, dan pelbagai guna...heehee...nak jadikan macam mamee pun boleh, nak jadikan macam yee mee pun buleh...

Resepi ni saya jumpa ketika cari2 resepi nak buat mee macam mee maggi /mamee sbb kat sini susah sangat nak cari mee yang macam kat Malaysia...banyak tu banyak mee yang dijual, tapi mungkin tak sesuai dengan tekak saya yang agak cerewet  ni.

CRISPY EGG NOODLES
Sumber : http://daridapurmaisya.blogspot.com

Crispy..kalau makan macam mamee pun sedap, tambah rempah kari dan garam seket, sbg perasa....my son suka sangat2...


Resepinya sangat senang :

2 tbsp minyak - Saya guna minyak zaitun
1 telur saiz besar
11/2 cawan tepung
1/4 air

Cara saya :-
Dalam satu bekas ( gelas ) satukan telur, minyak dan air, kacau sebati dengan garfu. Manakala dalam satu bekas besar, masukkan tepung dan buat lubang ditengah2, kemudian masukkan bahan2 cair tadi, kacau sebati dan uli hingga menjadi doh, bila dah jadi doh, boli canai nipis dan potong atau boleh guna mesin mee / pasta machine. Buat macam mee kuning tu la...

Panaskan periuk berisi air dan didihkan. Bila air dah mendidih, bolehlah masukkan satu sudu besar minyak, dan masukkan mee ( masa masukkan mee, api hendaklah dalam keadaan sederhana), rebus hingga masak, ( kejap je, tak sampai lima minit pun), angkat dan toskan gaulkan dengan satu sudu besar minyak lagi bagi mengelak mee melekat.

Cara seterusnya, leraikan mee tersebut, dan buatlah bentuk 4 segi macam maggi tu, susun dalam dulang dan jemur hingga kering...bila dah kering, bolehlah digoreng dalam minyak yang panas...dan jeng..jeng...sedia untuk dimakan begitu sahaja atau buat apa saja masakan yang disukai...macam saya saya suka cantonese style, kung fu ke atau pun sizzling....nanti esok lusa, insyaAllah, saya akan masukkan resepi yang berkaitan dengan crispy egg noodles nih....

selamat mencuba.