Sunday, 12 June 2011

SIMPLE TAPI MELELEH : BLACK BEAN NOODLES(Jjajangmyun), THE KOREAN FOOD

Saya bukanlah peminat cerita2 Korea, tapi saya memang suka masakan2 Korea, yang mudah dan simple, tapi sungguh sedap...so, hari ni balik dari kelas, tengok2 apa yang ada dalam peti, terus terfikir nak masak black bean noodles ni, kebetulan zucchini,black bean paste pun masih ada dalam peti, jadi saya teruslah bertukang didapur, yelah kena masak cepat2 sebab nanti pukul 1:00 petang, En suami nak masuk kerja...

Saya tak pernah makan, cuma kebetulan ketika surf maklumat tentang makanan korea ni, saya dapat feedback dari ramai orang mengatakan, mee  ini, merupakan antara mee yang popular di sana, saya pun terasalah nak cuba....saya ambil resepi ini dari you tube, maangchi, yang mana saya telah mengubah suai resepinya mengikut kesesuaian syariat agama islam, InsyaAllah.

Komen saya, saya rasanya sedap, seakan2 mee taucho, ada rasa manis, dan gabungan sayur-sayuran yang digunakan menjadikan kuahnya lain dari yang lain. Ermm, kelikatan kuah bergantung kepada berapa banyak tepung jagung yg digunakan. Bagi saya, mee ini amat sesuai dimakan dengan kimchi atau sesuatu yang masam dan pedas...selain ayam, kita juga boleh gantikan dengan daging atau udang cubalah....

P/s : saya gunakan spagetti halus memandangkan saya kehabisan stok mee telur, jadi rasanya menjadi agak muak, mungkin jika menggunakan mee telur, rasa lebih enak...


Black Bean Noodles


 Bahan2 :

Mee Telur / apa sahaja mee yang anda suka
2 sudu makan paste kacang hitam
2 keping dada ayam ( dipotong dadu) - boleh digantikan dengan apa sahaja yg anda suka
1 sudu makan gula
sedikit minyak zaitun
2-3 sudu tepung jagung
sedikit minyak bijan
2 batang zucchini - dipotong dadu
1 batang lobak putih korea - saya guna lobak merah-dipotong dadu
1 biji ubi kentang bersaiz besar - dipotong dadu
1 biji bawang besar bersaiz besar - dipotong dadu
4-5 cawan air
sedikit garam

Cara :-

Mee direbus sehingga lembut, ketepikan. Didalam kuali, panaskan sedikit minyak zaitun, kemudian goreng ayam hingga garing/rangup, bila dah rangup, tolak tepi (masih didalam kuali, masukkan sayur2an seperti lobak, ubi kentang, zucchini,dan bawang. Gaul sebati, goreng seketika, kurang lebih 1-2 minit, kemudian masukkan air, tutup kuali, sementara itu, didalam kuali/periuk kecil, panas minyak, goreng paste kacang hitam sekejap ( kejap je) angkat. Buka penutup kuali, tengok samaada sayur sudah empuk atau belum, jika sudah, masukkan paste kacang hitam, kacau, rasakan dengan garam dan gula, kemudian masukkan tepung jagung (yg telah di kacau bersama air ye), mengikut kepekatan yang dikehendaki. Biarkan mendidih, tutup api. Untuk menghidang, letak mee diatas pinggan, kemudian, tuangkan kuah diatas mee tersebut...

Sangat yummy kannnn?????????

26 comments:

  1. salam..hai
    paste kacang hitam tu yg mne erk..yg bleh buat kuih tu ke?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Dear,
      Paste kacang hitam tu bukan kacang hitam yang buat kuih tu...dai kacang soya hitam, rasa dia masin ala2 tauchu. ermm biasa kedai2 yg jual barangan oriental ada, kalau kat pasar raya cuba tengok dekat oriental section. warnanya lebih gelap dari paste kacang yg buat kuih tu. harap dapat membantu ya.

      Delete
    2. Dalam masakan korea bukan wajib ke letak bawang putih???

      Delete
    3. x pyh letak pon x pe..ikut lh klau nk letak..

      Delete
    4. x pyh letak pon x pe..ikut lh klau nk letak..

      Delete
  2. ow..keke nyaris nak pkai yg bt kuih tu...
    tq2 x saba nak cube :)

    ReplyDelete
  3. boleh tak upload gambar bahan sebelum di masak.. terutamanya paste kacang hitam..he..he..he..

    ReplyDelete
  4. Act saya tak tahu bezakan antara paste kacang hitam utk jajamyun and paste kacang hitam untuk membuat kuih. Boleh tak awak bagi tahu secara terperinci tentang dia dua jenis paste kacang hitam ni jadi saya tak akan tersilap beli?

    ReplyDelete
  5. as salam..
    mee telur tu mee ape ye.. blh x masukkan gmbr bahan nk masak resepi ni.. (^^,)

    ReplyDelete
  6. hmm saya dah cube tapi black bean paste ni susah nak cari lau kat sabah......

    ReplyDelete
  7. boleh x buat video??

    ReplyDelete
  8. bean paste tu cuba guna kicap pekat jak..

    ReplyDelete
  9. salam... hai sis.. nak tanya... zuchini tu ape yee???

    ReplyDelete
  10. sis , nak tanya . macam mana nak bezakan antara dua black bean paste tu . teringin nak buat . tapi takut salah . lagi satu , black bean paste ni sis beli kat mana ? pasaraya apa ? Tesco ke ape ke ? please reply secepat mungkin ye sis . mintak sgt2 . terima kasih

    ReplyDelete
  11. black bean paste and kimchi boleh beli di mana?

    ReplyDelete
  12. Kalau dkat sabah mee mcm ne d pnggil mee goreng kicap.. sudah jd kebiasaan sbb mee goreng kicap adalah menu tuk sarapan pagi d sabah. Mmg sdap mee goreng kicap ne..

    ReplyDelete
  13. Zuchinni tu adik beradik timun

    ReplyDelete
  14. Nice one you got here. I think I will try it later. I think I will add some belacan. After first time I taste it, I love it. Thank you, Malaysia...

    ReplyDelete
  15. Tq so much !!!! Sy ambil ya resepi untuk masak ☺️❤️❤️ Mohon halalkan ��

    ReplyDelete
  16. mane beli black bean paste tu... cube bgth lokasi pasaraya mane ade jual...

    ReplyDelete