Monday, 13 June 2011

APAM BERKUAH TERENGGANU

Apang Kuoh.
Ini merupakan kuih kegemaran saya dan suami, dulu masa kecil2 arwah mak selalu buat kuih ni, lepas tu saya dan adik beradik yang lain, akan berebut-rebut makan sambil letak kuah banyak2...sekarang arwah mak dah tak de,duduk pun jauh, jadi kalau nak makan pandai2 lah buat sendiri, seingat saya, ini kali ke dua saya membuat apam berkuah ni, kali pertama tak jadi, rupa ada, tapi rasa memang langsung tak ada...dan kali ni, Alhamdulillah, jadi, dan sedap pulak dengan tekak sendiri...:D, lepas lah rindu.. jadi jom kita tengok resepinya .



APAM ( 20 biji acuan kecil)

1/2 kg tepung gandum
3 keping gula melaka- yang saiz nipis2 tu ye ( kalau kat terengganu panggil nissan )
6 gm yis ( setengah peket yis)
3 cawan air

Cara2:-

Gula melaka dimasak bersama air hingga larut, kemudian sejukkan, bila dah sejukkan masukkan yis kedalam cairan gula melaka tadi, biarkan hingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan ke dalam tepung gandum dan gaul sebati, jika adunan masih keras, boleh tambah air lagi, adunan hendaklah kelihatan seperti adunan membuat jemput2 / cekodok.  Ketepikan, selama 1/2 jam, kemudian, kacau2 dan ketepikan untuk 1/2jam lagi, ulangi proses yg sama utk kali ke 3, dan bolehlah mengukus. Kalau rajin boleh letak dalam bekas kecil2, tapi jika malas, boleh letak dalam loyang terus...:D, terpulang pada citarasa masing2.

Apam ni sebenarnya enak dimakan dengan kuah yang banyak2.
Kuah Apam

Ikan Selayang/Kembung/Sadin/Tuna dalam tin (saya guna 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana).
1 sudu kecil ketumbar-goreng kejap tanpa minyak dan ditumbuk lumat
1 sudu kecil jintan manis - goreng kejap tanpa minyak ditumbuk lumat
1/2 inci halia
1/2 inci bawang lengkuas
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu teh kerisik*
1 sudu besar kelapa parut
1 sudu teh lada hitam
Santan kelapa 1 kotak ( saya guna 1/2 kotak)
2 ketul nissan/gula melaka(yang kecil dan nipis tu)


Cara2:

Ikan direbus bersama sedikit garam dan diambil isinya. Kemudian, bahan2 yang bertulisan merah, dikisar halus, kelapa parut ditumbuk bersama lada hitam hingga hancur. Masukkan santan kedalam periuk bersama2 semua bahan2 diatas dan masak hingga mendidih dan terbit minyak, rasakan mengikut citarasa. Jika di Terengganu, kuah kebiasaannya agak manis, namun begitu, masinnya pun masih terasa..tapi pandai2lah kita adjust mengikut citarasa kita sendiri ya!!..:D


** KERISIK : untuk membuatnya, ambil 2-3 sudu kelapa parut, goreng tanpa minyak hingga berubah warna( garing - coklat), kemudian angkat dan tumbuk hingga keluar minyak....

4 comments:

  1. kedekut la kita nak salin jer nak try xkan nak on internet sambil kacau kuh

    ReplyDelete
  2. Tks utk resepi. Saya dah buat semalam. Menjadi... sedap sangat. Kueh ni mmg kegemaran saya. Siap bagi kpd jiran lagi..

    ReplyDelete
  3. bagus tul share resepi ni...dh lama xmkn apam kuah ni..nk try..nk try..

    ReplyDelete
  4. Salam..dah lama cari resepi apam kuah versi ganu...alhamdulillah jumpa jgk..tq ya sbb sudi share.

    ReplyDelete