Monday 27 June 2011

MEE CALONG, SIZZLING YEE MEE DAN UDON GORENG ALA MI LIDI

Ini pulak semua cerita pasal mee, saya ni  memang pecinta mee, tak kira lah mee kuning ke, bihun ke, mee teow ke, udon mee ke janji mee.....disini a beberapa entri pasal mee, meh la tengok resepi nya...


MEE / BIHUN CALONG

Mee Calong - all time fav.

Untuk sup :

1.5 liter air rebusan tulang ayam ( kalau tak de boleh guna kiub ayam)

Bawang Merah - 5 biji 
Lada hitam - terpulang pada citarasa
Bawang Putih - 3 biji

Ketiga2 bahan ini ditumbuk lumat, kemuadian ditumis dengan 2 sudu besar minyak masak, bila dah garing dan  naik bau, boleh la letak air rebusan ayam tersebut, biarkan hingga mendidih dan bolehlah dimasukkan calong ( bebola ikan), kemudian perasakan dengan garam, gula atau apa saja mengikut citarasa. Bahan2 hiasan, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Untuk membuat calong :-

2 -3 ekor ikan selayang/ kembung bersaiz sederhana, di ambil isinya sahaja . Kemudian, ikan ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit tepung jagung ( kuantiti agak2 sampai boleh gentel ikan tu - tak melekat) , dan dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian bolehlah bentukkan bebola ikan, dan masukkan kedalam sup yg  mendidih tadi.

Note : Mee Calong ini enak dimakan panas2 bersama kicap cili bawang putih. Iaitu, bawang putih ditumbuk lumat bersama cili, kemudian masukkan kicap manis dan perahkan limau nipis...



UDON MEE GORENG ( ALA2 MI LIDI GORENG )


Udon Goreng ala2 mi lidi

Masa kat kampung dulu, arwah mak suka goreng mi lidi, tapi kat sini tak de mi lidi, jadi sebab teringin sangat nak makan mi lidi ni, saya pun cubalah goreng udon mee, dan amat mengejutkan bila rasanya lebih kurang seperti mi lidi macam kat Malaysia tu...:D

Bahan2 :
1 paket mee udon 
1 labu bawang besar  - di mayang - jangan halus sangat yer...
4 ulas bawang putih - diketuk2
3 sudu cili kering
sedikit isi ayam 
Udang kering - 1 sudu teh
Daun kucai 
Taugeh
Kicap manis
garam 
minyak

Cara :-

Mee udon direbus hingga lembut ketepikan
Panaskan minyak, tumis cili mesin hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, dan bawang besar.  Goreng hingga garing. Bila dah garing masukkan udang kering dan isi ayam, goreng lagi 1 minit, kemudian masukkan kicap, dan garam, serta sedikit air ( terpulanglah nak basah macam mana). Biarkan mendidih, bila dah mendidih, boleh masukkan mee, kacau hingga sebati, rasakan apa yang kurang, kemudian letakakn taugeh dan daun kucai. Tutup api dan gaul sebati...sedap dimakan panas2 bersama keropok keping dan cili jeruk....nyum nyum..



SIZZLING YEE MEE....

Ini version dalam mangkuk batu ( ala2 lesung batu tu)

Dan ini pulak dalam hot plate...sedap tau...!!

Mee ni memang kegemaran cik abang saya, sebab tu masa gi jalan2 dekat Riyadh hari tu , bila jumpa plate ni saya tak pikir panjang terus beli...so, bila dah ada plate mcam ni semangat nak masak  sizzling mee ni pung berkobar2 la...saya ambik resepi ni dari my resepi :

Sizzling Yee Mee
Sumber :My resepi


3 sudu besar kicap cair*
1 sudu kicap pekat*
2 sudu besar sos tiram*
1/2 in halia- hiris nipisSerbuk lada hitam*
3 biji cili kering ( saya letak lebih)
1 keping lada ayam
5 ulas bawang putih ( i used more)
3-4 keping mee sanggul / yee mee
beberapa ekor udang
4-5 biji cendawan shitake - dihiris
sayur sayuran spt sawi, lobak merah etc
garam- secukup rasaBeberapa titik Minyak bijan1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit airsedikit minyak utk menumis

Cara2:

Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan ayam dan goreng hingga agak2 empuk, kemudian masukkan air sebanyak 2 cawan. Masukkan bahan2 yang bertanda * bersama garam masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan dan sayur2an, masak selamat 2-4 minit, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air, terpulanglah pada tahap kelikatan yang dikehendaki. AKhir sekali masukkan mee.

Cara saya, setelah kuah mendidih, saya tutup api, dan panaskan hot plate, kemudian saya letakkan mee diatas hotplate dan tuangkan kuah, kemudia pecahkan sebiji telur...mee dan telur akan masak dengan sendirinya kesan dari haba hotplate....:D

No comments:

Post a Comment