Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

Monday, 27 June 2011

MEE CALONG, SIZZLING YEE MEE DAN UDON GORENG ALA MI LIDI

Ini pulak semua cerita pasal mee, saya ni  memang pecinta mee, tak kira lah mee kuning ke, bihun ke, mee teow ke, udon mee ke janji mee.....disini a beberapa entri pasal mee, meh la tengok resepi nya...


MEE / BIHUN CALONG

Mee Calong - all time fav.

Untuk sup :

1.5 liter air rebusan tulang ayam ( kalau tak de boleh guna kiub ayam)

Bawang Merah - 5 biji 
Lada hitam - terpulang pada citarasa
Bawang Putih - 3 biji

Ketiga2 bahan ini ditumbuk lumat, kemuadian ditumis dengan 2 sudu besar minyak masak, bila dah garing dan  naik bau, boleh la letak air rebusan ayam tersebut, biarkan hingga mendidih dan bolehlah dimasukkan calong ( bebola ikan), kemudian perasakan dengan garam, gula atau apa saja mengikut citarasa. Bahan2 hiasan, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Untuk membuat calong :-

2 -3 ekor ikan selayang/ kembung bersaiz sederhana, di ambil isinya sahaja . Kemudian, ikan ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit tepung jagung ( kuantiti agak2 sampai boleh gentel ikan tu - tak melekat) , dan dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian bolehlah bentukkan bebola ikan, dan masukkan kedalam sup yg  mendidih tadi.

Note : Mee Calong ini enak dimakan panas2 bersama kicap cili bawang putih. Iaitu, bawang putih ditumbuk lumat bersama cili, kemudian masukkan kicap manis dan perahkan limau nipis...



UDON MEE GORENG ( ALA2 MI LIDI GORENG )


Udon Goreng ala2 mi lidi

Masa kat kampung dulu, arwah mak suka goreng mi lidi, tapi kat sini tak de mi lidi, jadi sebab teringin sangat nak makan mi lidi ni, saya pun cubalah goreng udon mee, dan amat mengejutkan bila rasanya lebih kurang seperti mi lidi macam kat Malaysia tu...:D

Bahan2 :
1 paket mee udon 
1 labu bawang besar  - di mayang - jangan halus sangat yer...
4 ulas bawang putih - diketuk2
3 sudu cili kering
sedikit isi ayam 
Udang kering - 1 sudu teh
Daun kucai 
Taugeh
Kicap manis
garam 
minyak

Cara :-

Mee udon direbus hingga lembut ketepikan
Panaskan minyak, tumis cili mesin hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, dan bawang besar.  Goreng hingga garing. Bila dah garing masukkan udang kering dan isi ayam, goreng lagi 1 minit, kemudian masukkan kicap, dan garam, serta sedikit air ( terpulanglah nak basah macam mana). Biarkan mendidih, bila dah mendidih, boleh masukkan mee, kacau hingga sebati, rasakan apa yang kurang, kemudian letakakn taugeh dan daun kucai. Tutup api dan gaul sebati...sedap dimakan panas2 bersama keropok keping dan cili jeruk....nyum nyum..



SIZZLING YEE MEE....

Ini version dalam mangkuk batu ( ala2 lesung batu tu)

Dan ini pulak dalam hot plate...sedap tau...!!

Mee ni memang kegemaran cik abang saya, sebab tu masa gi jalan2 dekat Riyadh hari tu , bila jumpa plate ni saya tak pikir panjang terus beli...so, bila dah ada plate mcam ni semangat nak masak  sizzling mee ni pung berkobar2 la...saya ambik resepi ni dari my resepi :

Sizzling Yee Mee
Sumber :My resepi


3 sudu besar kicap cair*
1 sudu kicap pekat*
2 sudu besar sos tiram*
1/2 in halia- hiris nipisSerbuk lada hitam*
3 biji cili kering ( saya letak lebih)
1 keping lada ayam
5 ulas bawang putih ( i used more)
3-4 keping mee sanggul / yee mee
beberapa ekor udang
4-5 biji cendawan shitake - dihiris
sayur sayuran spt sawi, lobak merah etc
garam- secukup rasaBeberapa titik Minyak bijan1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit airsedikit minyak utk menumis

Cara2:

Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan ayam dan goreng hingga agak2 empuk, kemudian masukkan air sebanyak 2 cawan. Masukkan bahan2 yang bertanda * bersama garam masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan dan sayur2an, masak selamat 2-4 minit, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air, terpulanglah pada tahap kelikatan yang dikehendaki. AKhir sekali masukkan mee.

Cara saya, setelah kuah mendidih, saya tutup api, dan panaskan hot plate, kemudian saya letakkan mee diatas hotplate dan tuangkan kuah, kemudia pecahkan sebiji telur...mee dan telur akan masak dengan sendirinya kesan dari haba hotplate....:D

Monday, 13 June 2011

SIMPLE TAPI MELELEH : SINGAPORE NOODLES,CHINESE WEEK,CHINESE FOOD

Sekarang ni minggu Chinese Food, sebenarnya saya ni memang peminat tegar masakan Asia, terumatamanya Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Suka sangat...,sempena minggu masakan cina, hari ni saya masak Singapore Noodle. Namanya tak ada lah macam cinakan, tapi rasa ada, dari segi komen dan rating, saya dan suami bagi 5 bintang, sebab cukup rasa, ada pedas, kena dengan rasa bawang putih dan ada rasa rempah, kena pulak rasa lemak2 cendawan ..cubalah, untuk pengetahuan kawan2 mee ni diletakkankan sedikit rempah kari....buatnya pun tak lama....untuk melengkapkan lagi menu hari ni, disamping mee ni , saya masakkan jugak sup fish ball. 

Ok, sembang, sembang jugak, apa kata kita tengok resepinya, Resepinya saya ambil dari buku yang saya beli dalam entri terdahulu, tetapi saya telah ubah bahan2 mengikut citarasa, dan mengikut apa yang ada di sini.


SINGAPORE NOODLES ( 4 orang)
source: chinese,hermes house

Bahan2: 

5 keping cendawan cina kering - direndam dan dihiris
250gm mee telur ( saya guna mee sanggul)
1 sudu besar minyak bijan
3 ulas bawang putih - dicincang ( saya guna 1 labu bawang putih)
1 biji bawang besar bersaiz sederhana - didadu
3 biji cili padi - dihiris halus memanjang
2 sudu kecil serbuk kari
2 batang kacang panjang dipotong
sedikit daun kucai
4 helai daun bawang
2 sudu besar kicap  
 udang(dibuang kulit) - terpulang mahu berapa ekor
Minyak zaitun 2 sudu besar
garam secukup rasa

Cara:

Cendawan direndam didalam air suam didalam bekas tertutup selama 30 minit dan simpan airnya.Mee dicelur didalam air yang mendidih, kemudian diangkat dan dititik dengan minyak bijan, ketepikan. Panaskan minyak, masukkan bawang putih,bawnag merah, dan cili padi sehingga garing, kemudian masukkan rempah kari, diikuti dengan udang, goreng sebentar       ( jangan sampai rempah hangus), kemudian masukkan cendawan, kacang panjang, daun kucai, daun bawang, goreng  3- 4 minit sampai sayur lembut tetapi rangup   (  errr  fahamkan?), kemudian, masukkan mee, kicap dan air rendaman cendawan kedalam kuali, kacau selama 2-3 minit, bolehlah diangkat...             

NOTA : BLH JUGA LETAK TAUGEH JIKA SUKA.                                                                                              




FISH BALL SOUP

Bahan:-

1 paket fish ball
1 batang lobak merah bersaiz sederhana - dipotong baji
1/2 inci halia - dipotong mancis
5 ulas bawang putih - dicincang
 2 helai daun sup dipotong panjang
 3 helai daun bawang dipotong panjang
3 helai daun kucai dipotong panjang
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
minyak bijan 2-3 titis
1/2 sudu minyak zaitun
2 cawan air.


Cara:

Tumiskan minyak bawang putih dan halia hingga naik bau,masukkan air, bersama2 lobak merah, biarkan mendidih, apabila mendidih masukkan fishball, kemudian rasakan dengan garam, dan lada sulah.masukkan ke tiga 3 jenis daun tersebut dan akhir sekali titiskan beberapa titis minyak bijan jika suka,. Siap untuk dihidangkan...

CHINESE WEEK

En Suami dah mula OJT dekat Tasnee, minggu ini, jadi waktu kerja telah bertukar mengikut shift, kebetulan pula, hari off jatuh pada hari kelas saya takda, jadi, kami pun pergi lah jalan2 ke sebuah kedai buku dekat2 sini, En suami nak cari a few items untuk kerja2, Nuhin ke seksyen kegemaran dia, dan saya pulak ke seksyen kegemaran saya, dan inilah yang saya dapat untuk hari tu, sebuah buku masakan kegemaran saya, banyak resepi masakan Asia terutamanya Chinese, jepun dan korea, saya sangat teruja dan gembira....memang confirm, minggu depan akan jadi minggu masakan cina..nantikan ye, resepi2 yang akan saya kongsikan dalam entri yang akan datang.


SR49,The Bargain Value

Langkah demi langkah pun ada

I'can't wait to try all these recipes!!

SIMPLE TAPI MELELEH: UDON POT, KIMCHI

OK, kali ni, nak tayang gambar dulu, resepi nak letak kejap lagi, sebab ngantuk sangat ni, nak sambung tidur, karang bila dah caj bateri, saya masukkan resepi ya, pada saya Udon Pot ni, sedap sangat, saya suka...saya bagi rate 5 bintang juga, sebab saya memang penggemar makanan sebegini, bila makan makanan mee macam ni, teringat dekat sorang kakak saya dekat Malaysia nun, dia memang penggemar tegar mee, bagilah apa sahaja jenis2 mee, mesti dia belasah.....he hehheheh :D....

Udon Pot ni, dilengkapi dengan semangkuk kicap cair, yang saya letak sekali paste halia dan bawang putih serta daun bawang mayang, tak payah letak cili, kerana kepedasan bawang putih dan halia dah pun cukup untuk membangkitkan selera. Tapi kalau nak ikut selera melayu, kita boleh juga makan dengan cili jeruk.....slurppppppppp......


Udon Pot ( 4 hidangan)
Bahan2:-
250gm mi udon kering - saya guna udon organic brand clearspring ( direbus)
1 batang lobak merah - dipotong baji
1 keping dada ayam - dihiris nipis
8-10 ekor udang basah - dibuang kulit
2 ekor sotong - dipotong ikut suka
5 helai kobis cina - dipotong
5 keping cendawan shitake 
tauge - dibuang ekor
4 1/2 cawan air rebusan ayam ( saya tak ada, saya guna air biasa )
sedikit kicap
2-3 helai daun bawang - dihiris
lemon, daun ketumbar untuk hiasan

Cara :-

Mee Udon, direbus sehingga masak, ketepikan. Didalam periuk, masukkan air, diikuti lobak , rebus sehingga lobak empuk ( jangan terlalu lembik), angkat lobak, apabila mendidih, masukkan cendawan shitake, isi ayam, kobis cina, garam, kicap rasakan, kemudian masukkan sotong dan udang, biarkan seketika,tutup api, titiskan beberapa titis minyak bijan.  Didalam mangkuk, letak mee udon, susun sayur dan bahan2 lain ditepi, kemudian sendukkan kuah, letakkan taugeh, hiaskan dengan daun ketumbar dan lemon. Enak dimakan panas2..........

Untuk sambak kicap :
1/2 inci halia dan 5 biji bawang putih ditumbuk lumat, dan 3 helai daun bawang dicincang, satukan bersama2 kicap cair didalam mangkuk...






Dan ini pula, kimchi hasil tangan saya sendiri. Tak tahulah kenapa tiba2 terasa nak buat kimchi ni, mungkin sebab asyik baca sahaja tentang keenakan kimchi ini, so rasa mcam berkobar2 nak mencuba, terus terang, saya memang belum pernah rasa sebelum ni macam mana rasa kimchi ni, jadi saya sajalah nak mencuba, beli sebiji "chinese cabbage" sahaja, dipotong 4, lepas diperap kurang lebih 2 minggu, saya ambil satu bahagian dan saya bahagi2 kan kepada kawan2 yg pernah makan, untuk dapatkan feedback tentang rasa dan texture, dan Alhamdulillah, kata mereka sedap, most of them cakap lagi sedap daripada restoran korea kat sini, betul ke?? kalau betul dan ikhlas Alhamdulillah....

Tentang resepi, saya ambil dari youtube sahaja, tapi saya ubah mengikut apa yang ada didapur saya pada ketika itu, nantilah malam nanti saya masukkan resepinya ya!!


Sunday, 12 June 2011

SIMPLE TAPI MELELEH : BLACK BEAN NOODLES(Jjajangmyun), THE KOREAN FOOD

Saya bukanlah peminat cerita2 Korea, tapi saya memang suka masakan2 Korea, yang mudah dan simple, tapi sungguh sedap...so, hari ni balik dari kelas, tengok2 apa yang ada dalam peti, terus terfikir nak masak black bean noodles ni, kebetulan zucchini,black bean paste pun masih ada dalam peti, jadi saya teruslah bertukang didapur, yelah kena masak cepat2 sebab nanti pukul 1:00 petang, En suami nak masuk kerja...

Saya tak pernah makan, cuma kebetulan ketika surf maklumat tentang makanan korea ni, saya dapat feedback dari ramai orang mengatakan, mee  ini, merupakan antara mee yang popular di sana, saya pun terasalah nak cuba....saya ambil resepi ini dari you tube, maangchi, yang mana saya telah mengubah suai resepinya mengikut kesesuaian syariat agama islam, InsyaAllah.

Komen saya, saya rasanya sedap, seakan2 mee taucho, ada rasa manis, dan gabungan sayur-sayuran yang digunakan menjadikan kuahnya lain dari yang lain. Ermm, kelikatan kuah bergantung kepada berapa banyak tepung jagung yg digunakan. Bagi saya, mee ini amat sesuai dimakan dengan kimchi atau sesuatu yang masam dan pedas...selain ayam, kita juga boleh gantikan dengan daging atau udang cubalah....

P/s : saya gunakan spagetti halus memandangkan saya kehabisan stok mee telur, jadi rasanya menjadi agak muak, mungkin jika menggunakan mee telur, rasa lebih enak...


Black Bean Noodles


 Bahan2 :

Mee Telur / apa sahaja mee yang anda suka
2 sudu makan paste kacang hitam
2 keping dada ayam ( dipotong dadu) - boleh digantikan dengan apa sahaja yg anda suka
1 sudu makan gula
sedikit minyak zaitun
2-3 sudu tepung jagung
sedikit minyak bijan
2 batang zucchini - dipotong dadu
1 batang lobak putih korea - saya guna lobak merah-dipotong dadu
1 biji ubi kentang bersaiz besar - dipotong dadu
1 biji bawang besar bersaiz besar - dipotong dadu
4-5 cawan air
sedikit garam

Cara :-

Mee direbus sehingga lembut, ketepikan. Didalam kuali, panaskan sedikit minyak zaitun, kemudian goreng ayam hingga garing/rangup, bila dah rangup, tolak tepi (masih didalam kuali, masukkan sayur2an seperti lobak, ubi kentang, zucchini,dan bawang. Gaul sebati, goreng seketika, kurang lebih 1-2 minit, kemudian masukkan air, tutup kuali, sementara itu, didalam kuali/periuk kecil, panas minyak, goreng paste kacang hitam sekejap ( kejap je) angkat. Buka penutup kuali, tengok samaada sayur sudah empuk atau belum, jika sudah, masukkan paste kacang hitam, kacau, rasakan dengan garam dan gula, kemudian masukkan tepung jagung (yg telah di kacau bersama air ye), mengikut kepekatan yang dikehendaki. Biarkan mendidih, tutup api. Untuk menghidang, letak mee diatas pinggan, kemudian, tuangkan kuah diatas mee tersebut...

Sangat yummy kannnn?????????