SALAD ALA ZARIF
Hari ni kami tak nak makan nasi, jadi saya menyediakan makanan yang ringan tapi cukup mengeyangkan iaitu salad , senang dan ringkas, tapi lazat...saya suka, tapi yang penting anak dan suami pun suka.
SALAD ALA ZARIF
2 Batang Hot Dog - direbus dan dipotong kecil
5 keping hirisan nipis pepperoni pedas ( optional)
Apa sahaja jenis sayuran yang disukai, jika menggunakan sayuran yang keras seperti lobak, dan brokoli, sila rebus seketika,
Cara2:
Potong sayur mengikut citarasa, satukan semua sayuran didalam mangkuk besar, bersama2 dengan hirisan hotdog dan pepperoni tadi, gaulkan dengan sedikit minyak zaitun, taburkan garam dan sedikit lada hitam. Jika suka boleh masukkan 2-3 sudu besar jagung manis dan red kidney bean. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama2 sos 1000 island.
No comments:
Post a Comment