Monday, 13 June 2011

OATS BAR

Saya memang suka beli oats, bukan suka makan ye..suka beli..heheh, geram bila tengok ada macam2 jenis oats, tambah pulak kat sini kadang2 tu, bila dah sale, harganya gila2 murah, saya mesti tak lepas peluang punya...lagipun oats kan baik untuk kesihatan..

Biasanya selain dari makan bersama susu/buah2, buat bubur, saya suka juga buat oats bar...anak dan suami pun suka...so nak sharelah dengan kawan2 semua, cuba ye,....senang, cepat dan pasti lazat....:D

 OATS BAR
Sumber :http://uktv.co.uk/food
kalau nak tengok resepi asal boleh klik kat sini

Bahan2nya:-
- 80 gm butter
- 80 g (gula perang) 
- 60 g golden syrup ( dhania guna corn syrup )  
- 1/2 sudu teh garam halus
- 130g oats untuk bubur( saya guna oats biasa je)   
- 35 g buah2 kering - di cincang - boleh je guna kismis
- 35 g appricot kering - dicincang
-25 g biji labu ( pumpkin seed )    
- 2 sudu besar biji bunga matahari       
- 2 sudu besar kelapa kering   


CAranya:-

1.Panaskan oven 180C.

2. Alaskan kertas baking yang disapu kertas butter/minyak ke dalam bekas 4 segi - ketepikan.

3. Dalam periuk, satukan butter,gula, golden syrup dan garam. Kemudian, masukkan butter kedalam mangkuk besar bersama2 bahan2 kering dan gaul sebati.

4. Sendukkan campuran bahan2 tadi kedalam  loyang 4 segi yang diketepikan, ratakan kemudian bakar selama 18-20 minit  atau hingga kuning keemasan.- ( terpulang pada oven).

5. Sejukkan, masukkan dalam peti sejuk, dan potong2 sebelum hidang...sedap seyyhhh...

NOTE :

Saya biasanya akan tambah badam/kekacang lain ( yang saya cincang kecil2) dan saya jugak kadang2 gantikan gula dengan madu.... cubalah....

Lagi satu, oats bar ni dia melekat gitu, jadi memang kena letak alas kertas ye, takut nanti susah nak keluarkan dari loyang kalau tak alas. kalau ada kertas, nanti juz tarik kertas aje..





No comments:

Post a Comment