Monday, 27 June 2011

APAM YOGURT

Hari ni  En suami kerja malam, so biasanya kalau kerja malam, minum petang adalah satu kemestian untuk kami sekeluarga, jadi hari ni lepas buat sesi blogwalking, saya berkenan pulak nak buat apam yogurt ni...saya dapat ni ketika pergi jalan2 ke blog kak ita / masam2 manis....seronok betul kalau ke sana....seronok tengok hasil kejadian kuih muih kak ita ni..nampak menarik sungguh....

Ermm pada saya ni, rasa apam ni memang sedap, rasanya seakan2 apam dewa, ok tanpa cakap banyak, jom tengok resepi,


Sumber Asal : Rima
Sumber2 lain : kak ita


Saya memang betul2 cut and paste neh....

2 cawan gula castor - kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
i sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat


Campur semua bahan di atas dalam mixer.Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.

Note :
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.









MEE CALONG, SIZZLING YEE MEE DAN UDON GORENG ALA MI LIDI

Ini pulak semua cerita pasal mee, saya ni  memang pecinta mee, tak kira lah mee kuning ke, bihun ke, mee teow ke, udon mee ke janji mee.....disini a beberapa entri pasal mee, meh la tengok resepi nya...


MEE / BIHUN CALONG

Mee Calong - all time fav.

Untuk sup :

1.5 liter air rebusan tulang ayam ( kalau tak de boleh guna kiub ayam)

Bawang Merah - 5 biji 
Lada hitam - terpulang pada citarasa
Bawang Putih - 3 biji

Ketiga2 bahan ini ditumbuk lumat, kemuadian ditumis dengan 2 sudu besar minyak masak, bila dah garing dan  naik bau, boleh la letak air rebusan ayam tersebut, biarkan hingga mendidih dan bolehlah dimasukkan calong ( bebola ikan), kemudian perasakan dengan garam, gula atau apa saja mengikut citarasa. Bahan2 hiasan, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Untuk membuat calong :-

2 -3 ekor ikan selayang/ kembung bersaiz sederhana, di ambil isinya sahaja . Kemudian, ikan ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit tepung jagung ( kuantiti agak2 sampai boleh gentel ikan tu - tak melekat) , dan dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian bolehlah bentukkan bebola ikan, dan masukkan kedalam sup yg  mendidih tadi.

Note : Mee Calong ini enak dimakan panas2 bersama kicap cili bawang putih. Iaitu, bawang putih ditumbuk lumat bersama cili, kemudian masukkan kicap manis dan perahkan limau nipis...



UDON MEE GORENG ( ALA2 MI LIDI GORENG )


Udon Goreng ala2 mi lidi

Masa kat kampung dulu, arwah mak suka goreng mi lidi, tapi kat sini tak de mi lidi, jadi sebab teringin sangat nak makan mi lidi ni, saya pun cubalah goreng udon mee, dan amat mengejutkan bila rasanya lebih kurang seperti mi lidi macam kat Malaysia tu...:D

Bahan2 :
1 paket mee udon 
1 labu bawang besar  - di mayang - jangan halus sangat yer...
4 ulas bawang putih - diketuk2
3 sudu cili kering
sedikit isi ayam 
Udang kering - 1 sudu teh
Daun kucai 
Taugeh
Kicap manis
garam 
minyak

Cara :-

Mee udon direbus hingga lembut ketepikan
Panaskan minyak, tumis cili mesin hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, dan bawang besar.  Goreng hingga garing. Bila dah garing masukkan udang kering dan isi ayam, goreng lagi 1 minit, kemudian masukkan kicap, dan garam, serta sedikit air ( terpulanglah nak basah macam mana). Biarkan mendidih, bila dah mendidih, boleh masukkan mee, kacau hingga sebati, rasakan apa yang kurang, kemudian letakakn taugeh dan daun kucai. Tutup api dan gaul sebati...sedap dimakan panas2 bersama keropok keping dan cili jeruk....nyum nyum..



SIZZLING YEE MEE....

Ini version dalam mangkuk batu ( ala2 lesung batu tu)

Dan ini pulak dalam hot plate...sedap tau...!!

Mee ni memang kegemaran cik abang saya, sebab tu masa gi jalan2 dekat Riyadh hari tu , bila jumpa plate ni saya tak pikir panjang terus beli...so, bila dah ada plate mcam ni semangat nak masak  sizzling mee ni pung berkobar2 la...saya ambik resepi ni dari my resepi :

Sizzling Yee Mee
Sumber :My resepi


3 sudu besar kicap cair*
1 sudu kicap pekat*
2 sudu besar sos tiram*
1/2 in halia- hiris nipisSerbuk lada hitam*
3 biji cili kering ( saya letak lebih)
1 keping lada ayam
5 ulas bawang putih ( i used more)
3-4 keping mee sanggul / yee mee
beberapa ekor udang
4-5 biji cendawan shitake - dihiris
sayur sayuran spt sawi, lobak merah etc
garam- secukup rasaBeberapa titik Minyak bijan1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit airsedikit minyak utk menumis

Cara2:

Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan ayam dan goreng hingga agak2 empuk, kemudian masukkan air sebanyak 2 cawan. Masukkan bahan2 yang bertanda * bersama garam masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan dan sayur2an, masak selamat 2-4 minit, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air, terpulanglah pada tahap kelikatan yang dikehendaki. AKhir sekali masukkan mee.

Cara saya, setelah kuah mendidih, saya tutup api, dan panaskan hot plate, kemudian saya letakkan mee diatas hotplate dan tuangkan kuah, kemudia pecahkan sebiji telur...mee dan telur akan masak dengan sendirinya kesan dari haba hotplate....:D

NASI LEMAK IKANG

Hari ni saya buat Nasi Lemak. Di Terengganu Nasi Lemak lauk ikanlah yang paling popular, ikan yang selalu digunakan ialah ikan aye ( tongkol). Dalam keluarga, Nasi Lemak kakak saya memang paling sedap, nasib baik sempat belajar sebelum datang sini.

Disebabkan di Saudi ni memang tak ada pun gerai yang menjual nasi lemak, jadi saya dapat idea, untuk buat nasi lemak ala2 gerai...alah..yang bungkus dengan surat khabar tu, memang  seronoklah sekali sekala tukar selera mcam ni, percaya atau tidak, sampai Nuhin pun makan 3 bungkus....ummi dan walidnya..tok sah cakap lah.....hihihihi..so meh kita tengok resepinya :-

Nasi Lemak ikang


Kalau diterengganu beginilah nasinya, kalau dulu 0.50 sen je, sekarang mungkin dah RM1

Ini pulak versi dalam pinggan, sila abaikan minyak yg terlebih tu yer.., walaupun ada yg dalam pinggan, tetap yang berbungkus jugak dicari....

Resepi :-

NASI :

3 CAWAN BERAS
SANTAN - AGAK2
BAWANG MERAS - 2 BIJI (MAYANG HALUS)
HALIA - SEBESAR IBU JARI
CENGKIH - 3 BIJI
GARAM

cARA2 :

SEMUA BAHAN KECUALI BERAS DI SATUKAN DGN SANTAN KACAU.
MASUKKAN DALAM NASI BERSAMA DAUN PANDAN
DIMASAK SAMPAI MASAK.

SAMBAL IKAN :

IKAN TONGKOL/TUNA/AYE ATAU APA2 IKAN YANG ADA

LADA KERING/BOH ( AGAK2 TERPULANG PADA BYK MANA NAK BUAT)
BAWANG PUTIH (3 ULAS - KETUK HALUS - IFFA KETUK NGAN PISAU THEN POTONG2)
BAWANG MERAH ( KALAU RAJIN TUMBUK,TAPI KALAU MALAS BLEND AJE)
GULA MELAKA (NISSAN)
AIR ASAL JAWA
GARAM GULA
IKAN BILIS SIKIT
BAWANG MERAH - MAYANG - 4 ULAS
MINYAK


CARA2 :

PANASKAN MINYAK - SAYA MEMANG LETAK MYK LEBIH (NANTI BILA SAMBAL DAH MASAK, CEDOK DAN BUANGKAN MYK TU)
TUMIS LADA HINGGA GARING ( MASAKAN APA2PUN KALAU NAK SEDAP TUMIS LADA DULU-TIPS DARI ARWAH NENEK)
BILA DAH GARING MASUKKAN BAWANG PUTIH - BIARKAN KEJAP JE,PASTU MASUKKAN BAWANG
MASUKKAN BAWANG MAYANG
TUMIS SAMPAI NAIK MINYAK
MASUKKAN GARAM SIKIT
THEN MASUKKAN IKAN, KECIKKAN API , TUTUP KUALI - BIARKAN KEJAP
PASTU MSUKKAN AIR ASAM JAWA.KACAU KEJAP THEN KELUARKAN IKAN TU
SBB NANTI KALAU BIARKAN IKAN TERLALU LAMA , IKAN AKAN HANCUR.

PASTU RASAKAN LA LETAK GARAM, GULA MELAKA, - RASA KAN BIAR MASAM MANIS N MASIN TU BALANCE....INI YG PALING PENTING.....BILA DAH OK, NAK MASUKKAN BILIS SIKIT PUN OK....

BILA SEMUA DAH OK, MASUKKAN BALIK IKAN TU...

NOTE : KALAU NAK KUAH CAIR BOLEH TAMBAH AIR SETAKAT YG PERLU..IKAN TU ADA ORG KUKUS DULU, THEN LETAK SAMBAL, ADA JUGAK GORENG DULU...TP SAYA SLALU BUAT MCM KAT ATAS TULA...

BAHAN HIASAN:

TELUR, KACANG GORENG,BILIS GORENG, KANGKUNG REBUS..


NOTE : SAMBAL TU KALAU NAK TAHAN LAMA TUMIS LAMA SKET DGN API PERLAHAN.
INSYAALLAH SEMINGGU PUN TAHAN..

Wednesday, 15 June 2011

SIMPLE TAPI MELELEH: CHAWAN MUSHI

Pernah makan?? Saya belum pernah makan, tapi sebab dah suka makanan jepun ni, belajar jugak la, senang rupanya membuat benda ni, penyediaannya pun cepat...boleh lah cuba...rasanya lemak-lemak dan lembut - lembut , itu yang membuatkan kita makan sampat teringat2 hingga ke esoknya...dasyatkan penangan chawan mushi ni....






Seperti yang dijanjikan , nah ini resepinya...saya dapat resepi ni dariKak Diana Arshad punya blog.

Chawan Mushi
Sumber : Diana Resepi

Bahan-bahannya
3 biji telur
2 3/4 cawan stock (ayam + soya sauce sikit) - stok hendaklah disejukkan pada suhu bilik terlebih dahulu
cendawan shitake, isi ayam, fishcake, udang - direbus sekejap
daun sup / daun bawang

Cara-caranya
1.  Pukul telur dengan garfu pelan2 jangan guna mixer yaaa nanti jadi tak lawa.
2.  Tuang stock sedikit demi sedikit kedalam telur sambil kacau.
3.  Sediakan bekas2 kecil, isi dengan inti seperti hirisian cendawan shi.take, isi ayam, fishcake dan tuangkan adunan telur tadi kedalam bekas.
4.  Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu kemudian bila sudah mendidih airnya kecilkan api dan letakkan bekas berisi telur.
5.  Kukus selama 12 minit dengan api yang perlahan dan sebaiknya jangan terlalu lama dikukus kalau tidak nanti dia tak smooth dalam ada air bubbles.

Monday, 13 June 2011

Chocolate Indulgence Cake

Ini pulak kes teringin nak makan chocolate Indulgence cake, so buatlah, tapi ini aje yg sempat diambil gambarnya..
nanti ada kelapangan saya masukkan resepi ye, ka

FONDANT CAKE

Hi kawan-kawan...entri hari ni just nak masukkan gambar2 kuih muih yang saya buat beberapa minggu dan beberapa hari yang lepas, untuk resepi nanti ada kelapangan saya masukkan ya.



My first attempt buat fondant cake, tak la cantik, tapi saya puas hati,sbb blajar sendiri.

Temanya Nuhin dialam Fantasi sbb anak saya ni suka sangat lollipop

Keknya saya guna Vanilla Butter cake- sweet sangat2...saya tak suka, tapi budak2 suka!!

BRiANI AYAM DAN DALCA

Hari Rabu datang lagi...selain dari Kelas Agama dan aktiviti riadah diwaktu petang dan malam, pada sebelah paginya, kompaun kami (rumah kami , satu kompaun biasanya ada 4 pintu/4 buah rumah), ada kelas Agama iaitu mengaji, tajwid,tafsir dan bahasa arab. Kelas ni diadakan di rumah jiran saya,sebelah rumah jee ( besar sungguh budi jiran saya ni, semoga Allah sentiasa berikan rahmat dan lindunganNYA buat keluarga beliau ya..ameen), biasa nya untuk setiap kelas agama ni, kami berpakat2 memasak, satu makanan berat dan kuih-muih...untuk dijamu selepas kelas....so, ini adalah menu yang di masak untuk hari ini ...:-

Briyani Ayam

Tayang Banyak2 sikit..:D

Close-up Briyani ayam 
Dalca

Dalca & Briyani,jemput makan....


Untuk resepi nanti ada kelapangan saya tempekkan ya..:D

ROTI NAN, KEEMA DAGING & KARI AYAM TANPA SANTAN

Ini pulak resepi Set Roti Nann bersama Keema Daging + Kari Ayam Tanpa Santan


Resepi kat bawah ni :-

Kari Ayam Tanpa Santan

Seketul Dada ayam + sedikit bahagian bertulang - dipotong kecil
3 biji ubi kentang bersaiz sederhana- dipotong dadu
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
2 biji bawang besar- dimesin
1 paket kecil rempah kari daging babas
1 cawan air
1/2 cawan air asam jawa dari  1/2 sudu besar asam jawa (terpulang pada tahap masam asam jawa itu sendiri ya)
sedikit minyak sayur/zaitun

cara2 :-
tumiskan bawang mesin hingga garing,kemudian masukkan kayu manis, diikuti bunga lawang, cengkih, buah dan buah pelaga, goreng sehingga wangi( api jangan terlalu kuat), kemudian, masukkan rempah kari, gaul sebati, goreng ssekejap, masukkan ayam gaulkan, kemudian masukkan ubi kentang, gaulkan sekali lagi, kemudian masukkan air. kacau dan biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan air asam jawa, diikuti garam, gula. Rasakan, tambahkan apa yang kurang, biarkan kuah pada tahap kepekatan yang diinginkan.


Keema Daging

Bahan2 :
500gm daging cincang - tapi saya lebih suka guna daging biasa  saya potong dadu
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 biji lobak merah - dipotong dadu
1 biji bawang besar bersaiz besar  - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
3 sudu besar tomato puri
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 inci halia - ditumbuk
sebatang kayu manis
sekuntum bunga lawang
4 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sour cream (optional)
3 biji cili padi (optional)
sedikit garam masala - kalau tak ada boleh guna garam biasa tapi rasa akan jadi lain sikit la
satu sudu besar minyak zaitun
herbs ( saya tambah italian herbs 1/2 sudu teh)

cara2 :-

Tumiskan bawang besar, diikuti halia & bawang putih, kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis, tumis hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari dan tomato puri, goreng hingga terbit minyak. Bila dah terbit minyak, masukkan daging, ubi kentang dan lobak merah, gaul sebati,masukkan air , renihkan sampai mendidih, kemudian masukkan buah tomato yang dipotong dadu tadi,masukkan garam masala dan herbs. Jika suka pedas, boleh ditambah cilipadi yang dipotong halus kedalam kuah yang mendidih. Rasa dan tambahlah apa yang perlu mengikut citarasa.




Whole Wheat Roti Naan

Bahan2 ( 15 - 18 keping) :-
41/2 cawan "whole wheat flour" - Dark - kalau nak guna tepung gandum biasa pun boleh
2 sudu makan gula
1 paket yis kering
1 sudu teh garam
250ml air suam (1 cawan)
1 biji telur - dipukul manja2 
2 sudu besar minyak zaitun
4 sudu besar sour cream, boleh digantikan dengan yogurt
1 sudu teh baking powder

cara2:-
yis disatukan bersama air dan gula, ketepikan biarkan seketika hingga berbuih. Didalam bekas yang lain, satukan bahan2 kering seperti gandum, baking powder,garam, Buat lubang ditengah, masukkan sour cream, telur, minyak dan bancuhan yis, uli sehingga adunan tidak melekat pada jari. Setelah siap, biarkan adunan naik hingga dua kali ganda. Setelah itu, cubit adunan, bulatkan kecil2, canai, dan bakar di atas kuali leper dengan api yang kecil hingga kedua2 belah masak. Selamat mencuba....

Ok, akhir kata, jemputlah makan ....:D, hamba nak beradu dulu..

Ma'ah salamah......:D......

SIMPLE TAPI MELELEH: AYAM REBUS

Sempena menyambut bulan diet, saya sekarang masak tak ada goreng lagi, jadi dekat sini, saya nak kongsi satu resepi yang sangat mudah, ringkas, dan sesuai untuk pada mereka2 yang nak diet dan digunakan ketika penyakit "M" melanda ..

Ayam Rebus + Sup + Sos


Bahan2 Untuk Ayam + Sup :-

1 ekor ayam 
3 inci halia
4 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam
1 Liter Air
1 batang serai - diketuk

cara2 :
Ayam di basuh bersih ( saya tak potong, saya biarkan seekor macam tu)
halia dan bawang putih ditumbuk halus dan dilumurkan pada ayam. Perap seketika (1/2 jam ), kemuadian didalam periuk masukkan ayam bersama2 separuh air, dan tutup periuk, renihkan dengan api yang kecil selama setengah jam, selepas 1/2 jam tambahkan lagi 1/2 liter air, besarkan api, biarkan mendidih dan masukkan garam besrta lada sulah dan lada hitam yang ditumbuk.Jika suka boleh ditambah dengan perahan limau nipis / lemon. Angkat ayam, dan toskan, kemudian bolehlah dipotong kecil. Manakala Air rebusan ayam tadi ditambah dengan sebatang serai, rasakan, tambahlah apa yang kurang mengikut citarasa sendiri( saya tambah hirisan lobak merah). Bila nak hidang, jangan lupa tambahkan hirisan daun bawang, sup, dan bawang goreng....sedap...( kalau ada minyak bijan lagi sedap)

Untuk Sos :

Sebiji buah tomato
cili merah besar
cili padi
3bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu garam
gula( sesedap rasa )
perahan lemon
  seidikit air ( air masak ya)
cara2nya :
Satukan bahan2 didalam mesin pengisar, dan kisar sehingga hancur, rasakan, tambahlah apa yang kurang.

SIMPLE TAPI MELELEH: SALAD ALLA ZARIF

SALAD  ALA ZARIF

Hari ni kami tak nak makan nasi, jadi saya menyediakan makanan yang ringan tapi cukup mengeyangkan iaitu salad , senang dan ringkas, tapi lazat...saya suka, tapi yang penting anak dan suami pun suka.




SALAD ALA ZARIF

2 Batang Hot Dog - direbus dan dipotong kecil
5 keping hirisan nipis pepperoni pedas ( optional)
Apa sahaja jenis sayuran yang disukai, jika menggunakan sayuran yang keras seperti lobak, dan brokoli, sila rebus seketika,

Cara2:
Potong sayur mengikut citarasa, satukan semua sayuran didalam mangkuk besar, bersama2 dengan hirisan hotdog dan pepperoni tadi, gaulkan dengan sedikit minyak zaitun, taburkan garam dan sedikit lada hitam. Jika suka boleh masukkan 2-3 sudu besar jagung manis dan red kidney bean. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama2  sos 1000 island.

KARIPAP PUSING KARI AYAM

KARIPAP PUSING BERINTI KARI AYAM DAN TELUR REBUS ALA IKEA

Atas permintaan En Suami, teringin nak makan karipap ala2 ikea kat Malaysia tu, saya pun buatkanlah, biasanya saya buatkan karipap biasa, tapi kali ni nak mancuba karipap pusing pulak, Alhamdulillah, hasilnya taklah mengecewakan, senang pun senang dan sedap pun sedap,....

Resepinya kulitnya saya ambil dari FP Rinchann, thanks pada empunya diri sebab sudi kongsi resepi yang mabeles ini...:D, kalau nak tengok sila klik kat SINI

Untuk Inti :-

2 biji ubi kentang bersaiz besar - dipotong dadu
1 biji bawang besar bersaiz besar - dipotong dadu 
2 ulas bawang putih - di cincang
2 biji cengkih
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 keping dada ayam - dipotong dadu
1paket kecil rempah kari babas - saya guna lebih sebab nak kasi kaw
2-3 biji telur ayam yang telah direbus
1 cawan air
2 sudu besar minyak masak

Cara2:
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu, masukkan bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis,goreng hingga naik bau dan masukkan, rempah kari, diikuti isi ayam dan ubi kentang, gaul sebati, kemudian masukkan air, biarkan mendidih  dan kentang empuk, kemudian masukkan garam dan gula mengikut citarasa, biarkan kuah menjadi pekat( jangan terlalu kering), sejukkan. ketika hendak meletakkan inti diatas kulit karipap, letak sekali telur yang telah dibelah dua, kemudian tutup karipap dan kelim tepinya.

APAM BERKUAH TERENGGANU

Apang Kuoh.
Ini merupakan kuih kegemaran saya dan suami, dulu masa kecil2 arwah mak selalu buat kuih ni, lepas tu saya dan adik beradik yang lain, akan berebut-rebut makan sambil letak kuah banyak2...sekarang arwah mak dah tak de,duduk pun jauh, jadi kalau nak makan pandai2 lah buat sendiri, seingat saya, ini kali ke dua saya membuat apam berkuah ni, kali pertama tak jadi, rupa ada, tapi rasa memang langsung tak ada...dan kali ni, Alhamdulillah, jadi, dan sedap pulak dengan tekak sendiri...:D, lepas lah rindu.. jadi jom kita tengok resepinya .



APAM ( 20 biji acuan kecil)

1/2 kg tepung gandum
3 keping gula melaka- yang saiz nipis2 tu ye ( kalau kat terengganu panggil nissan )
6 gm yis ( setengah peket yis)
3 cawan air

Cara2:-

Gula melaka dimasak bersama air hingga larut, kemudian sejukkan, bila dah sejukkan masukkan yis kedalam cairan gula melaka tadi, biarkan hingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan ke dalam tepung gandum dan gaul sebati, jika adunan masih keras, boleh tambah air lagi, adunan hendaklah kelihatan seperti adunan membuat jemput2 / cekodok.  Ketepikan, selama 1/2 jam, kemudian, kacau2 dan ketepikan untuk 1/2jam lagi, ulangi proses yg sama utk kali ke 3, dan bolehlah mengukus. Kalau rajin boleh letak dalam bekas kecil2, tapi jika malas, boleh letak dalam loyang terus...:D, terpulang pada citarasa masing2.

Apam ni sebenarnya enak dimakan dengan kuah yang banyak2.
Kuah Apam

Ikan Selayang/Kembung/Sadin/Tuna dalam tin (saya guna 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana).
1 sudu kecil ketumbar-goreng kejap tanpa minyak dan ditumbuk lumat
1 sudu kecil jintan manis - goreng kejap tanpa minyak ditumbuk lumat
1/2 inci halia
1/2 inci bawang lengkuas
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu teh kerisik*
1 sudu besar kelapa parut
1 sudu teh lada hitam
Santan kelapa 1 kotak ( saya guna 1/2 kotak)
2 ketul nissan/gula melaka(yang kecil dan nipis tu)


Cara2:

Ikan direbus bersama sedikit garam dan diambil isinya. Kemudian, bahan2 yang bertulisan merah, dikisar halus, kelapa parut ditumbuk bersama lada hitam hingga hancur. Masukkan santan kedalam periuk bersama2 semua bahan2 diatas dan masak hingga mendidih dan terbit minyak, rasakan mengikut citarasa. Jika di Terengganu, kuah kebiasaannya agak manis, namun begitu, masinnya pun masih terasa..tapi pandai2lah kita adjust mengikut citarasa kita sendiri ya!!..:D


** KERISIK : untuk membuatnya, ambil 2-3 sudu kelapa parut, goreng tanpa minyak hingga berubah warna( garing - coklat), kemudian angkat dan tumbuk hingga keluar minyak....

SIMPLE TAPI MELELEH:VEG. AND BEEF KEBABS AND BBQ DIPPERS, NASI GORENG TOMATO, NASI IMPIT SAMBAL IKAN

Seperti dalam entri yang lepas2, sekarang dah buat percubaan untuk kurangkan makan makanan yang bergoreng2, so jenuh jugak lah nak fikirkan apalah menu yang sesuai yang nak dimasak, maklumlah, sebagai orang melayu ni kalau tak tumis2, tak ada lemak2 memang tak sah....jadi kebetulan pulak hari ini, tengah tengok satu rancangan masakan, adalah pulak mak cik mat saleh tu tunjukkan satu menu yang simple tapi mengancamlah jugak, dan saya dengan niat yang berkobar2, pergi dapur, kebetulan barang semua ada, terus mulakan operasi, jeng2 inilah hasilnya...

 
 
 
VEG. AND BEEF KEBABS
AND BBQ DIPPERS

Bahan2:-

Bawang besar - dibelah 6, kemudian dipotong 3( faham tak, kalau tak faham tanya ye)
Brokoli - dipotong
tomato - dipotong 6 ( kalau ada tomato ceri lagi cantik)
capcicum merah, hijau, kuning- diris dan potong lebar2
terung - dipotong bulat
daging - dipotong 4 segi
1 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar  sos black pepper*
1 sudu besar  sos tomato*
1 sudu besar sos cili*
1 sos besar Worcestershire*

Cara-

Satukan semua bahan yang bertanda *, kemudian perapkan daging kedalamnya selama 10 minit. Kemudian cucuk semua jenis sayuran secara berselang seli, seperti gambar di atas. Kemudian bolehlah digrillkan diatas grill pan ataupun didalam oven sehingga daging masak.

Untuk membuat sos, 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar  sos black pepper
2 sudu besar  sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sos besar Worcestershire

* Satukan kesemuanya kedalam mangkuk, kacau sebati, taburkan bawang putih panggang jika suka.



Ini pula menu kegemaran anak bujan saya, Nasi Goreng Tomato, percaya atau tidak, nasi goreng ini walaupun simple, tapi Nuhin boleh berkali2 tambah...jenguk2lah resepi kat bawah tu...:D



NASI GORENG TOMATO

Bahan2:-

1 pot nasi 
2 hirisan nipis halia - dipotong mancis
3 ulas bawang putih - dicincang
4-5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
8 ekor udang
sayur2an yang disukai
1 sudu besar minyak zaitun

Cara:
 Tumiskan halia dan bawang putih, bila dah garing, masukkan kedua2 jenis sos diikuti udang, goreng udang hingga 3/4 masak, kemudian masukkan nasi, diikuti sayur2an, gaul sebati, masukkan garam secukup rasa. Siap, boleh dihidangkan....:D


NASI IMPIT SAMBAL IKAN
  Pernah makan nasi impit sambal ikan tak?, masa tulis entri ni memang senyum sorang2 sebab teringatkan kata sorang kakak yang saya kenal melalui intenet jugak, dia ni org luar, tapi pernah belajar kat Terengganu, katanya rindulah kat Terengganu, serba serbi ikan, pulut panggang ikan, laksa kuah ikan, apam kuah ikan, nasi impit ikan, paung goreng inti ikan, nasi lemak ikan, mentang2lah banyak ikanggg.....hehehehe...

Ok, berbalik pada cerita menu saya kali ni, nasi impit sambal ikan, bukan nak share resepi sangat sebenarnya, sebab resepinya saya buat daripada leftover kuah "APAM BERKUAH" saya hari tu, hasil daripada apam tu, banyak pula kuahnya yang lebih, jadi sebab sayang nak buang, saya ubah suai jadikannya sambal ikan seperti dibawah tu.

Apa yang saya buat, saya panaskan kuah dalam kuali, masak sampai kering dengan api yang kecil, kemudian saya tambahkan lagi kelapa parut, tapi sebab kelapa parut kat sini susah nak dapat, saya hanya guna kelapa kering untuk buat kuih,sedap pun sedap, dan saya tambah kan sedikit garam, hasilnya memang sama dan saling tak tumpah mcam yang pernah saya makan masa kat kampung dulu, cubalah...kalau nak tengok resepi kuah apam tu boleh rujuk kat entri belakang yer.

SIMPLE TAPI MELELEH : SINGAPORE NOODLES,CHINESE WEEK,CHINESE FOOD

Sekarang ni minggu Chinese Food, sebenarnya saya ni memang peminat tegar masakan Asia, terumatamanya Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Suka sangat...,sempena minggu masakan cina, hari ni saya masak Singapore Noodle. Namanya tak ada lah macam cinakan, tapi rasa ada, dari segi komen dan rating, saya dan suami bagi 5 bintang, sebab cukup rasa, ada pedas, kena dengan rasa bawang putih dan ada rasa rempah, kena pulak rasa lemak2 cendawan ..cubalah, untuk pengetahuan kawan2 mee ni diletakkankan sedikit rempah kari....buatnya pun tak lama....untuk melengkapkan lagi menu hari ni, disamping mee ni , saya masakkan jugak sup fish ball. 

Ok, sembang, sembang jugak, apa kata kita tengok resepinya, Resepinya saya ambil dari buku yang saya beli dalam entri terdahulu, tetapi saya telah ubah bahan2 mengikut citarasa, dan mengikut apa yang ada di sini.


SINGAPORE NOODLES ( 4 orang)
source: chinese,hermes house

Bahan2: 

5 keping cendawan cina kering - direndam dan dihiris
250gm mee telur ( saya guna mee sanggul)
1 sudu besar minyak bijan
3 ulas bawang putih - dicincang ( saya guna 1 labu bawang putih)
1 biji bawang besar bersaiz sederhana - didadu
3 biji cili padi - dihiris halus memanjang
2 sudu kecil serbuk kari
2 batang kacang panjang dipotong
sedikit daun kucai
4 helai daun bawang
2 sudu besar kicap  
 udang(dibuang kulit) - terpulang mahu berapa ekor
Minyak zaitun 2 sudu besar
garam secukup rasa

Cara:

Cendawan direndam didalam air suam didalam bekas tertutup selama 30 minit dan simpan airnya.Mee dicelur didalam air yang mendidih, kemudian diangkat dan dititik dengan minyak bijan, ketepikan. Panaskan minyak, masukkan bawang putih,bawnag merah, dan cili padi sehingga garing, kemudian masukkan rempah kari, diikuti dengan udang, goreng sebentar       ( jangan sampai rempah hangus), kemudian masukkan cendawan, kacang panjang, daun kucai, daun bawang, goreng  3- 4 minit sampai sayur lembut tetapi rangup   (  errr  fahamkan?), kemudian, masukkan mee, kicap dan air rendaman cendawan kedalam kuali, kacau selama 2-3 minit, bolehlah diangkat...             

NOTA : BLH JUGA LETAK TAUGEH JIKA SUKA.                                                                                              




FISH BALL SOUP

Bahan:-

1 paket fish ball
1 batang lobak merah bersaiz sederhana - dipotong baji
1/2 inci halia - dipotong mancis
5 ulas bawang putih - dicincang
 2 helai daun sup dipotong panjang
 3 helai daun bawang dipotong panjang
3 helai daun kucai dipotong panjang
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
minyak bijan 2-3 titis
1/2 sudu minyak zaitun
2 cawan air.


Cara:

Tumiskan minyak bawang putih dan halia hingga naik bau,masukkan air, bersama2 lobak merah, biarkan mendidih, apabila mendidih masukkan fishball, kemudian rasakan dengan garam, dan lada sulah.masukkan ke tiga 3 jenis daun tersebut dan akhir sekali titiskan beberapa titis minyak bijan jika suka,. Siap untuk dihidangkan...

CHINESE WEEK

En Suami dah mula OJT dekat Tasnee, minggu ini, jadi waktu kerja telah bertukar mengikut shift, kebetulan pula, hari off jatuh pada hari kelas saya takda, jadi, kami pun pergi lah jalan2 ke sebuah kedai buku dekat2 sini, En suami nak cari a few items untuk kerja2, Nuhin ke seksyen kegemaran dia, dan saya pulak ke seksyen kegemaran saya, dan inilah yang saya dapat untuk hari tu, sebuah buku masakan kegemaran saya, banyak resepi masakan Asia terutamanya Chinese, jepun dan korea, saya sangat teruja dan gembira....memang confirm, minggu depan akan jadi minggu masakan cina..nantikan ye, resepi2 yang akan saya kongsikan dalam entri yang akan datang.


SR49,The Bargain Value

Langkah demi langkah pun ada

I'can't wait to try all these recipes!!

SIMPLE TAPI MELELEH: UDON POT, KIMCHI

OK, kali ni, nak tayang gambar dulu, resepi nak letak kejap lagi, sebab ngantuk sangat ni, nak sambung tidur, karang bila dah caj bateri, saya masukkan resepi ya, pada saya Udon Pot ni, sedap sangat, saya suka...saya bagi rate 5 bintang juga, sebab saya memang penggemar makanan sebegini, bila makan makanan mee macam ni, teringat dekat sorang kakak saya dekat Malaysia nun, dia memang penggemar tegar mee, bagilah apa sahaja jenis2 mee, mesti dia belasah.....he hehheheh :D....

Udon Pot ni, dilengkapi dengan semangkuk kicap cair, yang saya letak sekali paste halia dan bawang putih serta daun bawang mayang, tak payah letak cili, kerana kepedasan bawang putih dan halia dah pun cukup untuk membangkitkan selera. Tapi kalau nak ikut selera melayu, kita boleh juga makan dengan cili jeruk.....slurppppppppp......


Udon Pot ( 4 hidangan)
Bahan2:-
250gm mi udon kering - saya guna udon organic brand clearspring ( direbus)
1 batang lobak merah - dipotong baji
1 keping dada ayam - dihiris nipis
8-10 ekor udang basah - dibuang kulit
2 ekor sotong - dipotong ikut suka
5 helai kobis cina - dipotong
5 keping cendawan shitake 
tauge - dibuang ekor
4 1/2 cawan air rebusan ayam ( saya tak ada, saya guna air biasa )
sedikit kicap
2-3 helai daun bawang - dihiris
lemon, daun ketumbar untuk hiasan

Cara :-

Mee Udon, direbus sehingga masak, ketepikan. Didalam periuk, masukkan air, diikuti lobak , rebus sehingga lobak empuk ( jangan terlalu lembik), angkat lobak, apabila mendidih, masukkan cendawan shitake, isi ayam, kobis cina, garam, kicap rasakan, kemudian masukkan sotong dan udang, biarkan seketika,tutup api, titiskan beberapa titis minyak bijan.  Didalam mangkuk, letak mee udon, susun sayur dan bahan2 lain ditepi, kemudian sendukkan kuah, letakkan taugeh, hiaskan dengan daun ketumbar dan lemon. Enak dimakan panas2..........

Untuk sambak kicap :
1/2 inci halia dan 5 biji bawang putih ditumbuk lumat, dan 3 helai daun bawang dicincang, satukan bersama2 kicap cair didalam mangkuk...






Dan ini pula, kimchi hasil tangan saya sendiri. Tak tahulah kenapa tiba2 terasa nak buat kimchi ni, mungkin sebab asyik baca sahaja tentang keenakan kimchi ini, so rasa mcam berkobar2 nak mencuba, terus terang, saya memang belum pernah rasa sebelum ni macam mana rasa kimchi ni, jadi saya sajalah nak mencuba, beli sebiji "chinese cabbage" sahaja, dipotong 4, lepas diperap kurang lebih 2 minggu, saya ambil satu bahagian dan saya bahagi2 kan kepada kawan2 yg pernah makan, untuk dapatkan feedback tentang rasa dan texture, dan Alhamdulillah, kata mereka sedap, most of them cakap lagi sedap daripada restoran korea kat sini, betul ke?? kalau betul dan ikhlas Alhamdulillah....

Tentang resepi, saya ambil dari youtube sahaja, tapi saya ubah mengikut apa yang ada didapur saya pada ketika itu, nantilah malam nanti saya masukkan resepinya ya!!


SIMPLE TAPI MELELEH : DIM SUM/DUMPLING

Hari ni Lunch kita makan simple lagi, saya buat Dim Sum dan Sup Crab Stick ala Shark Fin...Senang dan simple, tapi sedap dan mengeyangkan. Resepi Dim Sum saya ambil dari buku resepi Chinese, tapi tentang inti, saya ubah mengikut selera saya sendiri, dan hasilnya Alhamdulillah, sambutan sangatlah menggalakkan dari En Suami dan anak saya...mulanya, takut jugak tak laku, tapi tak sangka pulak depa suka....:D.....macam entri terdahulu, saya nak masukkan gambar sahaja dulu, resepi mungkin lewat sikit, sebab ngantuk sangat ni....ok, so silalah menjamu mata ye kawan2..:D


 Dim Sum yang sebelum di kukus

 Selepas Dikukus

 Di dalam , inti, daging
As, promised, jom kita tengok resepinya sekarang, untuk makluman, saya tidaklah mengikut 100% resepi didalam buku ini, saya mengubah ikut kesesuaian citararasa saya dan keluarga.

DIM SUM ( 15 Biji )
Bahan2 untuk dough :-
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan air panas mendidih - sila didihkan air lebih
1 1/2 sudu besar air sejuk dari peti sejuk - saya guna lebih
1/2 sudu besar minyak sayuran/zaitun - saya guna2 sudu besar minyak zaitun

Bahan2 untuk inti:-
250gm daging cincang 
1 biji bawang besar bersaiz kecil-dipotong dadu
5 ulas bawang putih - dicincang
secubit garam
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu makan kicap pekat manis
sehelai daun bawang - dicincang halus
sedikit lada sulah/lada hitam

** Satukan kesemua bahan2 inti didalam satu bekas, gaul sebati.***


Cara untuk membuat doh :-

Didalam bekas yang besar, masukkan tepung gandum, diikuti air panas, kemudian masukkan air sejuk dari peti sejuk diikuti minyak zaitun. Jika adunan masih keras, tambahkan sedikit demi sedikit air panas berselang seli dengan air sejuk, apa yang saya baut, mula2 saya tambahkan 1 sudu besar air panas, diikuti satu sudu besar air sejuk, sehingga mendapat adunan/menjadi doh yang diingini, bentuk doh adalah seperti doh   kuih pau. ( faham tak? kalau tak faham sila tanya ye..)

Cara membuat dim sum :
Doh di bahagikan kepada 16 bahagian potongan kecil. Kemudian tekan2 ( macam nak buat pau,) masukkan intinya ditengah2 bulatan dan bunjutkan seperti gambar diatas. Untuk mengukus dim sum ini, kukusan hendaklah di alas dengan kain nipis bersih. Kukus sehingga masak Bagi menambahkan umphhh, saya sediakan kicap yg dipotong cili padi dan daun bawang didalamnya, perghhh, terangkat.... Cubalah, gerenti sedap....mohon maaf sangat jika penerangan kurang difahami,Insya'Allah jika saya buat lagi, saya akan capture gambar langkah demi langkah, supaya lebih senang anda semua nak buat.



 Crab Stick  Soup

Dan ini pula crab stick soup rekaan sendiri, ala2 feeling makan shark-fin soup gitu.....ngeh..ngeh..ngeh...boleh la kan. Ini resepinya, sangat senang dan menjimatkan masa...

Bahan2:-

4 batang crab-stick - dipotong 4 kemudian dikirai2
1 keping dada ayam - direbus  dengan 3 cawan air dan di kirai2 isinya dan air disimpan
5 biji bawang putih - dicincang halus
1 biji putih telur
2 sudu besar tepung jagung
sedikit lada sulah
garam-secukup rasa
2 helai daun bawang - dihiris 
1/2 sudu besar minyak zaitun
Cara2:

Tumiskan bawang putih hingga wangi ( jgn sampai hangus, nanti kaler tak cantek), kemudian masukkan air rebusan ayam tadi, biarkan mendidih, kemudian masukkan crab-stick tadi bersama2 isi ketam,diikuti garam, lada sulah,kacau 1/2 minit kemudian masukkan tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki, kemudian masukkan putih telur dan kacau dengan garfu. Rasakan dan tambahlah apa2 yang patut, tutup api dan akhir sekali masukkan daun bawang, siap untuk dihidang...