Sunday, 25 December 2011

ROTI BOY /MEXICAN BUN ALLA ZARIF


Dah lama ada request suruh buat roti boy ni..tapi mengenangkan 2,3 kerja juga nak kena buat, projek tu tertangguh-tangguh sampai lah satu hari tu , bila pi rumah kawan kat Riyadh, tolong dia buat baru tahu rupanya tak de lah leceh mana buatnya.....so, kebetulan hari  ni ada jemputan dari kawan, saya pun merajinkan diri buat roti ini...:)

Resepinya saya ambil dari myresepi....so inilah hasilnya....

Roti Boy / Mexican Bun

Untuk resepi saya copypaste sahaja dari Myresepi.


Komen dari hubby : 2 thumbs up sama mcm Mexican Bun Kat Malaysia ..( wa dalam hati kembang  semangkuk you...:P )


Resepi Sumbangan : Lilydvalley My resepi

Bahan untuk Filling
a)200 gm mentega
b)1/2 teaspoon vanilla essence
c)70 gm brown sugar

Bahan Untuk Topping
a)200 gm mentega
b)160 gm gula icing
c)3 biji telur grade A- pukul sedikit 
1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum

Cara:
Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Bahan doh roti :
  • 500 gm tepung berprotin tinggi - diayak 
  • 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur - dipikul
  • 250 ml air @ susu segar  ( jangan guna susu segar jika dah masukkan susu tepung )
  • 60 gm mentega
Cara membuat doh :
  1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.Masukkan telur dan air @ susu segar.
  3. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  4. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti @ filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega @ minyak @ tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm. 
  5. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  6. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Saturday, 26 November 2011

CARAMEL CROISSANT PUDDING - NIGELLA LAWSON

Keluarga saya memang peminat puding roti...apa sahaja jenis puding roti, mesti suka...hari tu masa cari2 resepi puding roti , saya ternampaklah mak cik cun Nigella Lawson ni buat  caramel croissant pudding yang mana sangat cepat, senang dan nampak lazat ya amat....

Masa kat Malaysia dah cuba buat dan bawa ke pejabat, dan Alhamdulillah semua cakap sedap, dan suruh buat lagi ( bukan minta resepi nak buat sendiri, sebaliknya suruh buat lagi...sabarje lah kawan-kawan ku ini ).

Jadi, kebetulan hari tu butter croissant  ni ada sale dekat Carefour, saya  beli la..., dan taraaa...terhasillah Caramel Croissant pudding setelah 2 tahun tak buat, rasanya memang lemak, berkrim dan memang lazat....saya gerenti kalau makan satu sudu, mesti nak 2 sudu...sedap tau..kalau makan masa panas tu lagilah menambah kelazatannya...tak percaya?? apa kata korang semua cuba buat...senang je pun...



CARAMEL CROISSANT PUDDING 

Bahan2 :-

100gm gula putih
sedikit air - untuk di didihkan dengan gula nanti
125ml double cream ( saya campurkan double cream dan whipping cream )
125ml susu segar ( saya pernah guna susu cair -feedback cakap rasanya lebih lemak )
2 biji telur - kacau manja
1 sudu kecil vanilla  - untuk gantikan wine
secubit garam untuk tajamkan rasa
2 -3 biji roti croissant( kalau ada yang buter, lagi bagus ) - disiat2kan dan letak dalam bekas untuk dibakar nanti ,ketepikan.

Cara2 :-

Gula didihkan bersama air hingga bertukar warna kecoklatan ( macam buat gula hangus ), jangan kacau, hanya lenggangkan periuk mcam tu aje. Bila dah bertukar warna, tutup api, dengan cepat-cepat masukkan cream, susu dan kacau cepat - cepat untuk mengelakkan caramel mengeras, in case keras jugak buka api kecil dan bagi cair semua sebati, bila dah sebati, tutup api dan masukkan telur kacau lagi, masukkan garam dan vanilla tadi, kacau kejap untuk sebatikan. Kemudian, tuangkan campuran caramel tadi ke dalam bekas pembakar yang telah diletakkan butter croissant  tadi, tekan2 sikit roti tu dan boleh bakar selama 30 minit dengan suhu 180 - 200 celcius. Makan panas-panas memang sedap...terangkat tau.

Sunday, 16 October 2011

CLASSIC SCONES WITH HOMEMADE BERRIES JAM

I love scones!!!, Sebenarnya dah 2,3 hari rasa nak makan scones ni, tapi memandangkan saya tak berapa rajin, jadi saya tangguhkan dulu sampailah betul-betul rajin hari ni, cuma hari ni saya cuba resepi lain yang saya ambil dari Good Food.com.

Masa buat scones ni teringat saya dekat anak saudara saya, Sarah, masa kat kertih dulu kami sama-sama buat ni, tapi masa tu guna tepung segera, masa tu ingat lagi SArah cakap, lain kali mak long buat la ....baru rasa nikmat lebih sket...hehehhehe, so Sarah, this is for you okeh.....

Classic Scones + Homemade Jam + Cream + Hot Cappuccino...heaven sesangat....


 Bahan - bahan :
350g Tepung Naik Sendiri ( tambahan untuk tabur atas papan canai )
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
85g butter ( saya guna unsalted)
175ml susu segar
3 sudu besar gula caster
1 sudu teh vanilla
sedikit perahan air lemon ( lebih kurang 2-3 sudu besar )
Telur untuk sapu atas scones nanti
Jam, Cream atau apa2 je lah untuk makan dengan scones nanti

CARA :
Panaskan oven pada suhu 180 darjah ( terpulang pada jenis oven)
Satukan semua bahan kering, dengan menggunakan hujung jari gaulkan bahan kering dengan butter hingga menjadi seperti serbuk roti.
Kemudian panaskan susu selama 30 minit dalam microwave ( jgn terlalu panas), tapi sebab saya tak de microwave, saya panaskan atas dapur hingga suam-suam kuku, maknanya masih boleh celup jari dalam susu tu, kemudian masukkan air lemon kedalam susu suam tadi.
Setelah itu kacau sebati dan masukkan susu suam tadi kedalam adunan kering dan gaul cepat-cepat dengan menggunakan garfu,sampai sebati, adunan akan kelihatan sedikit lembik pada mulanya. Kemudian taburkan sedikit tepung diatas papan pencanai dan letakkan adunan kemudian canai ikut ketebalan yang dikehendaki, kalau nak nipis canai nipis, kalau nak tinggi cantik tu canai tebal sikit, selepas itu bolehlah potong dengan menggunakan acuan bulat atau apa2 acuan yang anda suka....letakkan di dalam dulang pembakar yang telah dileser mentega,sapukan telur pada permukaan scones, kemudian bakar selama 10 minit atau hingga kuning keemasan atau hingga masak.

Notes :  makan panas2 lebih sedap, tapi kalau nak frozenkan biarkan betul-betul sejuk kemudian simpan dalam bekas dan simpan dalam freezer.Bila nak makan panaskan dalam oven seketika.

P/S : ini basic resepi nya, untuk scones saya sebelum mencanai saya tambahkan sedikit buah-buahan kering.

Ok, selamat mencuba...ermm seronok makan scones panas-panas, sambil hirup kopi / teh panas dan bayangkan duduk kat tempat-tempat tinggi dan sejuk......

HOMEMADE BERRIES JAM

Frozen Mix Berries
Gula Batu

CARA :
Masak Berries bersama gula ( jumlah gula terpulang pada manis yang dikehendaki )
Masak hingga pekat, kalau kena cara masak jam ini akan tahan berbulan-bulan, InsyaAllah

Saturday, 15 October 2011

SIMPLE TAPI MELELEH : AVOCADO DESSERT

Saya memang suka makan avocado atau apa sahaja jenis buah. Kalau tak pernah makan pun saya akan makan. Jadi bila duduk kat sini avocado senang nak dapat, dan harganya kira berpatutan, ada yang murah dan ada yang mahal biasanya mengikut gred dan dari mana buah tu datang.

Selain rasanya yang lemak ala isi kelapa muda gitu, banyak lagi khasiatnya.Dulu, saya pernah buat entri pasal buah ni dulu, kalau nak tahu jenguklah kat  sini

Ok, selain buat jus,atau sos saya suka juga buat dessert, caranya yang amat senang dan mudah yet soo sedap uols..buatnya tak sampai 2 minit

Avocado with Milk n Honey....


caranya senang aje, ambil sebiji atau dua avocado yang masak,pastu potong buah tu dan letak dalam mangkuk, kemudian tuangkan susu segar ( i used full cream ) sejuk, dan saya tambah satu sudu teh madu, boleh letak 2,3 ketul air batu jika suka., then boleh lah makan....Ya Allah...sedapnya.....

Sunday, 2 October 2011

Chilled Manggo Cheesecake

Hi all...

Beberapa hari yang lepas , saya buat Chilled Mango Cheesecake...ni semua gara2 tengok gambar En Mat Gebu kita.....geram sungguh, sekarang dekat Saudi bukan musim mangga, jadi susah sikit nak cari, kalau ada pun mahal, sekilo sampai SR24, tapi dah geram punya pasal, saya beli jugak, tapi sebiji aje....

Dengan semangat yang berkobar2, saya pun mulakanlah operasi...dan Alhamdulillah, menjadi sebagaimana yang dibayangkan...suka...suka sangat...

Komen saya, sejujurnya, rasanya totally tak sama dengan blueberry chilled yang pernah saya buat dulu..masing2 sedapnya berbeza, rasa cheese tu tak terasa sangat...dan manis sikit pun ya..mungkin sebab mangga tu dah sangat manis..jadi next time kalau nak buat kena kurangkan gula la kot..dan kalau saya, saya lebih suka kalau cheesecake tu masam..so lain kali nak tukar pada buah2 yang masam seperti strawberry, blueberry, atau apa2 berries lah ,tapi apa2 pun feedback dari orang2 yang telah memakannya, cakap sedap... Alhamdulillah.

Yang saya suka buatnya amatlah mudah, cepat....dan tak sakit kepala nak tunggu kek masak....kacau itu ini, masukkan dalam peti ais, then boleh tunggu sambil tengok tv...hehehe...

Marble no - bake cheesecake..yg buat dulu, resepi nanti lah ye


Ok jom tengok resepi...




MANGO CHILLED CHEESE CAKE
SUMBER : DAPUR TANPA SEMPADAN
RESEPI ASAL : KAT SINI

Bahan2 :

200 gm biskut marie ( I used digestive )
100 gm mentega - dicairkan
250 gm cream cheese ( i used 220gm, itu aje yang ada )
60gm gula halus
2 buah mangga masak 1 kisar isinya, 1 lagi didadu ( since i bli sebiji saiz besar, jadi sebelah dadu dan sebelah lagi kisar )
1 1/2 sudu besar gelatin halal
125ml air suam
200ml whipping cream, disejukkan  ( i used 220ml )

CARA2 :

1.Biskut marie dihancurkan  dan masukkan mentega cair sikit2 hingga dapat adunan yang boleh dikepal..

2. Ratakan biskut kedalam loyang untuk memudahkan kek dikeluarkan dicadangkan guna "spring-form", (saya guna spring form 8 inci,) bila dah ratakan dan mampatkan letak loyang dibahagian sejuk-beku peti ais.

3. Sementara itu, putar cream cheese dan gula halus hingga menjadi krim dan kemudian masukkan puree mangga.sebatikan dan ketepikan.

4. Dalam bekas yang lain, putar whipping krim hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cream cheese, gaul sebati ( saya gaul dengan spatula sahaja )

5. Gelatin dilarutkan didalam air suam hingga betul2 larut hingga jernih..dan masukkan kedalam adunan cream cheese, gaul sebati, kemudian masukkan sebahagian daripada mangga yang didadu tadi kedalam adunan,

6. Tuang adunan kedalam loyang yang disejukkan tadi, ratakan, dan simpan semula dibahagian bawah peti ais selama 3-4 jam...

7. Potong dan boleh makan...sedapppp.....

p/s : selain mangga, boleh juga diganti dengan buah buahan lain...:D




GOOD OLD FASHION PANCAKE

Suami saya memang penggemar tegar pancake ini, dah macam2 jenis pancake saya "try n error", dan setakat ini ada dua resepi yang selalu saya guna, kedua2nya daripada all recipes, setakat ini, kalau guna 2 resepi ni, InsyaAllah tak pernah gagal.

Ok, yang pertama, blueberry pancakes, ( tapi itu tak nak cerita lagi ), yang saya nak cerita sekarang ni, Good Old FAshion Pancake, sebelum saya cuba ini, saya dapat feedback yang bagus dari kak Jeni. Thanks ya kak jeni..memang resepi ini terbaik lah...

Texturenya sangat gebu, moist dan yang paling penting sedaplah...lemaknya...lagi2 kalau dimakan dengan honey dan butter....terangkat....tak caya??? cubalah...



yummeh....
GOOD OLD FASHION PANCAKE
Source : http://allrecipes.com/Recipe/Good-Old-Fashioned-Pancakes/Detail.aspx


Bahan 2 :

1 1/2 cawan tepung serbaguna
3 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu kecil garam ( kalau guna butter yg dah bergaram sila kurangkan kepada 1/2 sudu yer)
1 sudu besar gula ( saya letak 1 1/2 sudu gula )
1 1/2 cawan susu segar - i used full cream
1 biji telur
3 sudu butter- dicairkan

Cara2 :
1. Dalam bekas yang besar, ayak tepung, baking powder, garam dan gula
2. Buat lubang ditengah2 tuangkan susu, telur,  dan mentega cair, kacau sampai sebati
3.  Panaskan kuali leper "non-stick" dengan api yang kecil,. ( kalau nak cantik, jangan letak minyak yer),
4. Guna senduk sederhana, ambil adunan dan letakkan diatas kuali panas tadi..tutup bila dah nampak ada lubang2 udara dipermukaan pancake boleh terbalikkan....bila dah masak, boleh la angkat...
5. Hidangkan semasa panas bersama butter dan madu.....ermmm lazaatt sekali...

Saturday, 23 July 2011

SEAFOOD LASAGNA


Sepanjang hidup saya, ini adalah kali ke 2 buat lasagna, kali pertama waktu mula2 kahwin, tapi tak jadi..kelakar sungguh ingat masa mula2 kawin, naive sangat2..masak pun tak reti, ada ke saya masak lasagna saya tak rebus dulu kulitnya...haruslah jadi keras kan....:D

Dan percubaan kali ke 2 Alhamdulillah...sangat sangat memuaskan hati...percaya atau tidak, kami tak leh berenti makan....bahaya betul...dah lah makanan tidak sihat.....:D. En suami bagi rating 9/10...:D

Resepi ni saya olah sendiri mengikut citarasa saya serta ikut dan rasa yang pernah saya makan dulu-dulu.





Seafood Lasagna - fresh from oven..


Creamy & Yummy..

Sepatutnya tunggu sejuk sikit baru potong...baru nampak dia punya layer....tapi sebab kes dah tak sabar kan.....


Resepi :

Panaskan oven pada sushu 180 - 200 darjah ( terpulang pada keadaan oven masing2 ya)

Bahan2 : -
mozarella cheese - sedikit
4 Keping pasta untuk lasagna - (terpulang pada saiz bekas ye)
* Kulit ini direbus mengikut arahan pada kotak.bila dah masak kulit ditoskan, jangan lupa letakkan sedikit minyak agar kulit tidak melekat .

Bahan2 untuk sos merah :

5 sudu besar tomato puri
5 ulas bawang putih - dicincang halus
udang segar - dipotong kecil 
jejari ketam - dipotong kecil 
sedikit minyak zaitun untu menumis
satu sudu teh lada sulah /hitam
oregano
bawang putih panggang (optional)
cili padi jika suka pedas
garam secukup rasa

Cara :-
Panaskan minyak , kemudian tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan tomato puri, diikuti dengan bahan2 mentah ( udang dan jejari ketam), kacau sebati masukkan garam, oregano, bawang putih dan lada sulah . tutup api dan ketepikan.

Bahan2 untuk sos putih

400ml susu segar - i used low fat milk - actually nak lagi lemak guna full fat yea.
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
3 slices cheddar cheese
1 tin kecil krim masakan - kat malaysia boleh guna nestle cream

Cara2 :-
Satukan susu, butter dan tepung. Kacau sampai sebati ( tak ada ketulan tepung) kemudian masakkan diatas api yang kecil kacau hingga semua sebati, kemudian masukkan krim masakan dan cheddar cheese, rasakan kalau kurang masin, boleh tambah garam. kacau hingga sos pekat. Tutup api ketepikan.

Cara membuat lasagna :-
Didalam bekas hamparkan sekeping kulit lasagna, kemudian, letakkan sos merah, kemudia diatas sos merah lapiskan sos putih hingga menutupi sos merah, kemudian letak sekeping lagi kulit lasagna dan ulangi langkah tadi hinggalah sampai kepada kepingan terakhir. lasagna hendaklah ditutupi dengan kulitnya dibahagian paling atas.  Seterusnya taburkan mozarella cheesee. Kemudian bakar lasagna tersebut hingga permukaannya kuning keemasan ( tapi saya suka kalau cheese tu hangus2 sikit)





Tuesday, 12 July 2011

GARLIC NAAN + CHICKEN TANDOORI + DHALL

Hari ni tak makan nasi lagi, so disebabkan suami saya suka benar makan naan dan ayam tandoori, jadi saya terasa nak mencubalah resepi dari buku " COMPLETE COMFORT FOOD" yang baru dibeli baru2 ini..

Alhamdulillah, rotinya sedap, En suami komen, rasa roti ni lain tau dari yang biasa saya buat, dia tak muak dan tak lah kenyal, diluarnya garing dan rapuh, tapi didalam just nice..tak retilah nak bagitau, tapi sedaplah.

Resepi ayam tandoori pulak saya ambil dari sini , memang sedap sungguh, tak pernah saya tahu rupanya nak buat ayam tandori ni kena letak daun pudina dan ketumbar jugak ye..tapi 2 thumbs uplah untuk resepi ayam ni.

Selain tu sebab terlebih rajin jugak, saya masaklah sikit kuah dal dan sambal lada....so, gabungan ketiga2 jenis ni memang marvelous ....tak caya cuba buat.....

Garlic Naan + Ayam Tandoori + Dhall

Cun tak ayam tandoori saya??

 Resepi untuk Garlic Naan :-

2 1/2 cawan tepung roti
1 sudu kecil yis segera
1 labu bawang putih - dicincang halus 
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
100ml air
4 sudu besar yogurt asli
2 sudu kecil madu
1 sudu besar butter cair + 3 sudu kecil minyak sapi
1 sudu besar daun ketumbar - dicincang

Cara2:-
Dalam bekas, letakkan garam kemudian diikuti dengan tepung gandum, diikuti semua bahan2 kering. Gaul sebati, Didalm satu jug, satukan air, yogurt, madu dan butter kacau sebati dan  tuangkan semua bahan2 cair kedalam bahan2 kering, gaul sebati selama 10 minit atau hingga doh menjadi elastik dan tidak melekat pada tangan. Biarkan doh mengembang 2 kali gandi ( biasanya 1 jam). Bekas hendaklah ditutup dengan "plastic wrap". selepas 1/2 jam bolehlah dipanaskan oven. Apabila doh sudah mengembang 2 kali ganda, tumbuk2 doh untuk buangkan angin dan masukkan daun ketumbar cincang dan biarkan seketika ( 10-15 minit), kemudian bagikan doh kepada bulatan kecil. dan canai leper. Bolehlah dibakar hingga masak. Saya bakar seketika ( dalam 5 minit) kemudian saya grillkan diatas dapur. Untuk dapatkan aroma asap....baru real sikit....hihihihi


Resepi ayam Tandoori

2 ekor ayam – belah 4


Rempah ratusnya:

 3 biji bawang besar
 13 ulas bawang putih
 2 inci halia
 2 sudu teh garam
 1 sudu serbuk kunyit
 1 sudu serbuk cili
 1 sudu serbuk lada sulah
 1 sudu serbuk jintan manis
 1 sudu serbuk jintan putih
 1 sudu serbuk ketumbar
 1 sudu serbuk kulit kayu manis
 3 biji buah pelaga
yogurt
 2 ikat daun ketumbar
 2 ikat daun pudina
 2 sudu marjerin
 2 sudu sos tiram

pewarna merah




CAra:

Semua bahan dikisar hingga hancur kemudian sapukan pada ayam dan perap sekurang2nya 5 jam. Saya perap malam esok saya bakar....selepas 5 jam ayam bolehlah dibakar...memang sedap sebab diluar garing, tapi didalam juicy sangat....:D


note : saya hanya buat 1/2 ekor ayam so, saya kurangkan kuantiti rempah ratus tersebut, dan saya juga gantikan tairu dengan yogurt sebab malas nak buat....:D
Dah lama sebenarnya nak buat pasta sendiri, so kebetulan hari tu ketika beli barang2 dapur kat Panda, ada bayam merah, jadi saya pun belilah, memang untuk buat fetucini bayam dan Alhamdulillah, semua dalam rumah ni suka....Nuhin makan bertambah2 samalah jugak dengan En Suami....nak tahu apa komen suami, dia cakap, sedap..pasta sedap dan kuahnya pun sedap...pada tekak kami lah...

Fetucini tu masa belum rebus, warnanya pink, tapi bila dah rebus hilang pulak warna pink tu..saya buat sos bolognese biasa aje..tapi gabungan kedua2nya menjadikan rasanya sedap sungguh....

Homemade Spinach Fettuccine + Bolognese Sauce 

Homemade Spinach Fettuccine + Bolognese Sauce 

Ni resepi yang saya guna :
Sumber : Italian Food

tapi saya adjust ikut kesesuaian dan selera saya
3 cawan tepung gandum
3 biji telur saiz sederhana ( kalau suka boleh tambah lagi kuning telur)
Seikat bayam merah / hijau
sedikit garam

Cara2:-
Bayam saya blend kasi hancur kemudian digoreng tanpa minyak, bila dah agak2 bayam tu  layu angkat sila perahkan sedikit agar air bayam keluar. Kemudian tepung diletakkan didalam bekas dan dibuat lubang ditengah2nya. Masukkan telur dan garam serta bayam ditengah2 tepung tersebut, gaul sampai sebati, seandainya tepung keras sila tambahkan air, jangan tambah sekaligus sebaliknya tambahlah satu sudu, satu sudu hingga mendapat doh yang diingini. Rehatkan seketika ( dalam 5 menet camtu lah) kemudian bolehlah digelek dengna menggunakan mesin pasta. Seterusnya, untuk merebus pasta, panaskan air didalam periuk, letakkan sedikit minyak ( dalam 1-2 sudu besar) bila air mendidih, masukkan pasta yang sudah di bentuk melalui mesin pasta, rebus hingga pasta masak ( lebih kurang 10 minit- tetapi terpulang juga pada keadaan api dan jumlah air), kemudian bolehlah ditoskan..jangan lupa titikan 2 sudu besar minyak kedalam pasta yang telah direbus untuk mengelakkan pasta melekat.

SOS BOLOGNESE

1 labu bawang putih ( kami memang penggemar bawang putih)
2 kotak kecil tomato pure
2 kotak air masak ( saya guna kotak tomato puree tersebut)
1 biji tomato buah - potong dadu
sedikit gula
sedikit garam
Cendawan butang - terpulanglah banyak mana nak letak
500 gm daging cincang
2 sudu besar minyak zaitun

CARA: -
Didalam kuali, panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih goreng hingga naik bau dan garing, kemudian masukkan tomato puree, kacau sebati dan masukkan air, bila dah mendidih masukkan daging kedalam sos tomato, disertai buat tomato dan cendawan,rasakan dengan gula dan garam mengikut selera.Biarkan mendidih dan sebati . Tutup api. Kemudian, letakkan fettuccine didalam pinggan dan sendukkan kuah tomato diatas fettuccine tersbut. Lebih enak jika ditaburkan sedikit parmesan cheese....sungguh yummeh!!!!


Monday, 27 June 2011

APAM YOGURT

Hari ni  En suami kerja malam, so biasanya kalau kerja malam, minum petang adalah satu kemestian untuk kami sekeluarga, jadi hari ni lepas buat sesi blogwalking, saya berkenan pulak nak buat apam yogurt ni...saya dapat ni ketika pergi jalan2 ke blog kak ita / masam2 manis....seronok betul kalau ke sana....seronok tengok hasil kejadian kuih muih kak ita ni..nampak menarik sungguh....

Ermm pada saya ni, rasa apam ni memang sedap, rasanya seakan2 apam dewa, ok tanpa cakap banyak, jom tengok resepi,


Sumber Asal : Rima
Sumber2 lain : kak ita


Saya memang betul2 cut and paste neh....

2 cawan gula castor - kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
i sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat


Campur semua bahan di atas dalam mixer.Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.

Note :
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.









MEE CALONG, SIZZLING YEE MEE DAN UDON GORENG ALA MI LIDI

Ini pulak semua cerita pasal mee, saya ni  memang pecinta mee, tak kira lah mee kuning ke, bihun ke, mee teow ke, udon mee ke janji mee.....disini a beberapa entri pasal mee, meh la tengok resepi nya...


MEE / BIHUN CALONG

Mee Calong - all time fav.

Untuk sup :

1.5 liter air rebusan tulang ayam ( kalau tak de boleh guna kiub ayam)

Bawang Merah - 5 biji 
Lada hitam - terpulang pada citarasa
Bawang Putih - 3 biji

Ketiga2 bahan ini ditumbuk lumat, kemuadian ditumis dengan 2 sudu besar minyak masak, bila dah garing dan  naik bau, boleh la letak air rebusan ayam tersebut, biarkan hingga mendidih dan bolehlah dimasukkan calong ( bebola ikan), kemudian perasakan dengan garam, gula atau apa saja mengikut citarasa. Bahan2 hiasan, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Untuk membuat calong :-

2 -3 ekor ikan selayang/ kembung bersaiz sederhana, di ambil isinya sahaja . Kemudian, ikan ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit tepung jagung ( kuantiti agak2 sampai boleh gentel ikan tu - tak melekat) , dan dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian bolehlah bentukkan bebola ikan, dan masukkan kedalam sup yg  mendidih tadi.

Note : Mee Calong ini enak dimakan panas2 bersama kicap cili bawang putih. Iaitu, bawang putih ditumbuk lumat bersama cili, kemudian masukkan kicap manis dan perahkan limau nipis...



UDON MEE GORENG ( ALA2 MI LIDI GORENG )


Udon Goreng ala2 mi lidi

Masa kat kampung dulu, arwah mak suka goreng mi lidi, tapi kat sini tak de mi lidi, jadi sebab teringin sangat nak makan mi lidi ni, saya pun cubalah goreng udon mee, dan amat mengejutkan bila rasanya lebih kurang seperti mi lidi macam kat Malaysia tu...:D

Bahan2 :
1 paket mee udon 
1 labu bawang besar  - di mayang - jangan halus sangat yer...
4 ulas bawang putih - diketuk2
3 sudu cili kering
sedikit isi ayam 
Udang kering - 1 sudu teh
Daun kucai 
Taugeh
Kicap manis
garam 
minyak

Cara :-

Mee udon direbus hingga lembut ketepikan
Panaskan minyak, tumis cili mesin hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, dan bawang besar.  Goreng hingga garing. Bila dah garing masukkan udang kering dan isi ayam, goreng lagi 1 minit, kemudian masukkan kicap, dan garam, serta sedikit air ( terpulanglah nak basah macam mana). Biarkan mendidih, bila dah mendidih, boleh masukkan mee, kacau hingga sebati, rasakan apa yang kurang, kemudian letakakn taugeh dan daun kucai. Tutup api dan gaul sebati...sedap dimakan panas2 bersama keropok keping dan cili jeruk....nyum nyum..



SIZZLING YEE MEE....

Ini version dalam mangkuk batu ( ala2 lesung batu tu)

Dan ini pulak dalam hot plate...sedap tau...!!

Mee ni memang kegemaran cik abang saya, sebab tu masa gi jalan2 dekat Riyadh hari tu , bila jumpa plate ni saya tak pikir panjang terus beli...so, bila dah ada plate mcam ni semangat nak masak  sizzling mee ni pung berkobar2 la...saya ambik resepi ni dari my resepi :

Sizzling Yee Mee
Sumber :My resepi


3 sudu besar kicap cair*
1 sudu kicap pekat*
2 sudu besar sos tiram*
1/2 in halia- hiris nipisSerbuk lada hitam*
3 biji cili kering ( saya letak lebih)
1 keping lada ayam
5 ulas bawang putih ( i used more)
3-4 keping mee sanggul / yee mee
beberapa ekor udang
4-5 biji cendawan shitake - dihiris
sayur sayuran spt sawi, lobak merah etc
garam- secukup rasaBeberapa titik Minyak bijan1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit airsedikit minyak utk menumis

Cara2:

Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan ayam dan goreng hingga agak2 empuk, kemudian masukkan air sebanyak 2 cawan. Masukkan bahan2 yang bertanda * bersama garam masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan dan sayur2an, masak selamat 2-4 minit, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air, terpulanglah pada tahap kelikatan yang dikehendaki. AKhir sekali masukkan mee.

Cara saya, setelah kuah mendidih, saya tutup api, dan panaskan hot plate, kemudian saya letakkan mee diatas hotplate dan tuangkan kuah, kemudia pecahkan sebiji telur...mee dan telur akan masak dengan sendirinya kesan dari haba hotplate....:D

NASI LEMAK IKANG

Hari ni saya buat Nasi Lemak. Di Terengganu Nasi Lemak lauk ikanlah yang paling popular, ikan yang selalu digunakan ialah ikan aye ( tongkol). Dalam keluarga, Nasi Lemak kakak saya memang paling sedap, nasib baik sempat belajar sebelum datang sini.

Disebabkan di Saudi ni memang tak ada pun gerai yang menjual nasi lemak, jadi saya dapat idea, untuk buat nasi lemak ala2 gerai...alah..yang bungkus dengan surat khabar tu, memang  seronoklah sekali sekala tukar selera mcam ni, percaya atau tidak, sampai Nuhin pun makan 3 bungkus....ummi dan walidnya..tok sah cakap lah.....hihihihi..so meh kita tengok resepinya :-

Nasi Lemak ikang


Kalau diterengganu beginilah nasinya, kalau dulu 0.50 sen je, sekarang mungkin dah RM1

Ini pulak versi dalam pinggan, sila abaikan minyak yg terlebih tu yer.., walaupun ada yg dalam pinggan, tetap yang berbungkus jugak dicari....

Resepi :-

NASI :

3 CAWAN BERAS
SANTAN - AGAK2
BAWANG MERAS - 2 BIJI (MAYANG HALUS)
HALIA - SEBESAR IBU JARI
CENGKIH - 3 BIJI
GARAM

cARA2 :

SEMUA BAHAN KECUALI BERAS DI SATUKAN DGN SANTAN KACAU.
MASUKKAN DALAM NASI BERSAMA DAUN PANDAN
DIMASAK SAMPAI MASAK.

SAMBAL IKAN :

IKAN TONGKOL/TUNA/AYE ATAU APA2 IKAN YANG ADA

LADA KERING/BOH ( AGAK2 TERPULANG PADA BYK MANA NAK BUAT)
BAWANG PUTIH (3 ULAS - KETUK HALUS - IFFA KETUK NGAN PISAU THEN POTONG2)
BAWANG MERAH ( KALAU RAJIN TUMBUK,TAPI KALAU MALAS BLEND AJE)
GULA MELAKA (NISSAN)
AIR ASAL JAWA
GARAM GULA
IKAN BILIS SIKIT
BAWANG MERAH - MAYANG - 4 ULAS
MINYAK


CARA2 :

PANASKAN MINYAK - SAYA MEMANG LETAK MYK LEBIH (NANTI BILA SAMBAL DAH MASAK, CEDOK DAN BUANGKAN MYK TU)
TUMIS LADA HINGGA GARING ( MASAKAN APA2PUN KALAU NAK SEDAP TUMIS LADA DULU-TIPS DARI ARWAH NENEK)
BILA DAH GARING MASUKKAN BAWANG PUTIH - BIARKAN KEJAP JE,PASTU MASUKKAN BAWANG
MASUKKAN BAWANG MAYANG
TUMIS SAMPAI NAIK MINYAK
MASUKKAN GARAM SIKIT
THEN MASUKKAN IKAN, KECIKKAN API , TUTUP KUALI - BIARKAN KEJAP
PASTU MSUKKAN AIR ASAM JAWA.KACAU KEJAP THEN KELUARKAN IKAN TU
SBB NANTI KALAU BIARKAN IKAN TERLALU LAMA , IKAN AKAN HANCUR.

PASTU RASAKAN LA LETAK GARAM, GULA MELAKA, - RASA KAN BIAR MASAM MANIS N MASIN TU BALANCE....INI YG PALING PENTING.....BILA DAH OK, NAK MASUKKAN BILIS SIKIT PUN OK....

BILA SEMUA DAH OK, MASUKKAN BALIK IKAN TU...

NOTE : KALAU NAK KUAH CAIR BOLEH TAMBAH AIR SETAKAT YG PERLU..IKAN TU ADA ORG KUKUS DULU, THEN LETAK SAMBAL, ADA JUGAK GORENG DULU...TP SAYA SLALU BUAT MCM KAT ATAS TULA...

BAHAN HIASAN:

TELUR, KACANG GORENG,BILIS GORENG, KANGKUNG REBUS..


NOTE : SAMBAL TU KALAU NAK TAHAN LAMA TUMIS LAMA SKET DGN API PERLAHAN.
INSYAALLAH SEMINGGU PUN TAHAN..

Wednesday, 15 June 2011

SIMPLE TAPI MELELEH: CHAWAN MUSHI

Pernah makan?? Saya belum pernah makan, tapi sebab dah suka makanan jepun ni, belajar jugak la, senang rupanya membuat benda ni, penyediaannya pun cepat...boleh lah cuba...rasanya lemak-lemak dan lembut - lembut , itu yang membuatkan kita makan sampat teringat2 hingga ke esoknya...dasyatkan penangan chawan mushi ni....






Seperti yang dijanjikan , nah ini resepinya...saya dapat resepi ni dariKak Diana Arshad punya blog.

Chawan Mushi
Sumber : Diana Resepi

Bahan-bahannya
3 biji telur
2 3/4 cawan stock (ayam + soya sauce sikit) - stok hendaklah disejukkan pada suhu bilik terlebih dahulu
cendawan shitake, isi ayam, fishcake, udang - direbus sekejap
daun sup / daun bawang

Cara-caranya
1.  Pukul telur dengan garfu pelan2 jangan guna mixer yaaa nanti jadi tak lawa.
2.  Tuang stock sedikit demi sedikit kedalam telur sambil kacau.
3.  Sediakan bekas2 kecil, isi dengan inti seperti hirisian cendawan shi.take, isi ayam, fishcake dan tuangkan adunan telur tadi kedalam bekas.
4.  Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu kemudian bila sudah mendidih airnya kecilkan api dan letakkan bekas berisi telur.
5.  Kukus selama 12 minit dengan api yang perlahan dan sebaiknya jangan terlalu lama dikukus kalau tidak nanti dia tak smooth dalam ada air bubbles.

Monday, 13 June 2011

Chocolate Indulgence Cake

Ini pulak kes teringin nak makan chocolate Indulgence cake, so buatlah, tapi ini aje yg sempat diambil gambarnya..
nanti ada kelapangan saya masukkan resepi ye, ka

FONDANT CAKE

Hi kawan-kawan...entri hari ni just nak masukkan gambar2 kuih muih yang saya buat beberapa minggu dan beberapa hari yang lepas, untuk resepi nanti ada kelapangan saya masukkan ya.



My first attempt buat fondant cake, tak la cantik, tapi saya puas hati,sbb blajar sendiri.

Temanya Nuhin dialam Fantasi sbb anak saya ni suka sangat lollipop

Keknya saya guna Vanilla Butter cake- sweet sangat2...saya tak suka, tapi budak2 suka!!

BRiANI AYAM DAN DALCA

Hari Rabu datang lagi...selain dari Kelas Agama dan aktiviti riadah diwaktu petang dan malam, pada sebelah paginya, kompaun kami (rumah kami , satu kompaun biasanya ada 4 pintu/4 buah rumah), ada kelas Agama iaitu mengaji, tajwid,tafsir dan bahasa arab. Kelas ni diadakan di rumah jiran saya,sebelah rumah jee ( besar sungguh budi jiran saya ni, semoga Allah sentiasa berikan rahmat dan lindunganNYA buat keluarga beliau ya..ameen), biasa nya untuk setiap kelas agama ni, kami berpakat2 memasak, satu makanan berat dan kuih-muih...untuk dijamu selepas kelas....so, ini adalah menu yang di masak untuk hari ini ...:-

Briyani Ayam

Tayang Banyak2 sikit..:D

Close-up Briyani ayam 
Dalca

Dalca & Briyani,jemput makan....


Untuk resepi nanti ada kelapangan saya tempekkan ya..:D

ROTI NAN, KEEMA DAGING & KARI AYAM TANPA SANTAN

Ini pulak resepi Set Roti Nann bersama Keema Daging + Kari Ayam Tanpa Santan


Resepi kat bawah ni :-

Kari Ayam Tanpa Santan

Seketul Dada ayam + sedikit bahagian bertulang - dipotong kecil
3 biji ubi kentang bersaiz sederhana- dipotong dadu
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
2 biji bawang besar- dimesin
1 paket kecil rempah kari daging babas
1 cawan air
1/2 cawan air asam jawa dari  1/2 sudu besar asam jawa (terpulang pada tahap masam asam jawa itu sendiri ya)
sedikit minyak sayur/zaitun

cara2 :-
tumiskan bawang mesin hingga garing,kemudian masukkan kayu manis, diikuti bunga lawang, cengkih, buah dan buah pelaga, goreng sehingga wangi( api jangan terlalu kuat), kemudian, masukkan rempah kari, gaul sebati, goreng ssekejap, masukkan ayam gaulkan, kemudian masukkan ubi kentang, gaulkan sekali lagi, kemudian masukkan air. kacau dan biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan air asam jawa, diikuti garam, gula. Rasakan, tambahkan apa yang kurang, biarkan kuah pada tahap kepekatan yang diinginkan.


Keema Daging

Bahan2 :
500gm daging cincang - tapi saya lebih suka guna daging biasa  saya potong dadu
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 biji lobak merah - dipotong dadu
1 biji bawang besar bersaiz besar  - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
3 sudu besar tomato puri
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 inci halia - ditumbuk
sebatang kayu manis
sekuntum bunga lawang
4 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sour cream (optional)
3 biji cili padi (optional)
sedikit garam masala - kalau tak ada boleh guna garam biasa tapi rasa akan jadi lain sikit la
satu sudu besar minyak zaitun
herbs ( saya tambah italian herbs 1/2 sudu teh)

cara2 :-

Tumiskan bawang besar, diikuti halia & bawang putih, kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis, tumis hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari dan tomato puri, goreng hingga terbit minyak. Bila dah terbit minyak, masukkan daging, ubi kentang dan lobak merah, gaul sebati,masukkan air , renihkan sampai mendidih, kemudian masukkan buah tomato yang dipotong dadu tadi,masukkan garam masala dan herbs. Jika suka pedas, boleh ditambah cilipadi yang dipotong halus kedalam kuah yang mendidih. Rasa dan tambahlah apa yang perlu mengikut citarasa.




Whole Wheat Roti Naan

Bahan2 ( 15 - 18 keping) :-
41/2 cawan "whole wheat flour" - Dark - kalau nak guna tepung gandum biasa pun boleh
2 sudu makan gula
1 paket yis kering
1 sudu teh garam
250ml air suam (1 cawan)
1 biji telur - dipukul manja2 
2 sudu besar minyak zaitun
4 sudu besar sour cream, boleh digantikan dengan yogurt
1 sudu teh baking powder

cara2:-
yis disatukan bersama air dan gula, ketepikan biarkan seketika hingga berbuih. Didalam bekas yang lain, satukan bahan2 kering seperti gandum, baking powder,garam, Buat lubang ditengah, masukkan sour cream, telur, minyak dan bancuhan yis, uli sehingga adunan tidak melekat pada jari. Setelah siap, biarkan adunan naik hingga dua kali ganda. Setelah itu, cubit adunan, bulatkan kecil2, canai, dan bakar di atas kuali leper dengan api yang kecil hingga kedua2 belah masak. Selamat mencuba....

Ok, akhir kata, jemputlah makan ....:D, hamba nak beradu dulu..

Ma'ah salamah......:D......