Dah lama sebenarnya nak buat pasta sendiri, so kebetulan hari tu ketika beli barang2 dapur kat Panda, ada bayam merah, jadi saya pun belilah, memang untuk buat fetucini bayam dan Alhamdulillah, semua dalam rumah ni suka....Nuhin makan bertambah2 samalah jugak dengan En Suami....nak tahu apa komen suami, dia cakap, sedap..pasta sedap dan kuahnya pun sedap...pada tekak kami lah...
Fetucini tu masa belum rebus, warnanya pink, tapi bila dah rebus hilang pulak warna pink tu..saya buat sos bolognese biasa aje..tapi gabungan kedua2nya menjadikan rasanya sedap sungguh....
Homemade Spinach Fettuccine + Bolognese Sauce |
Homemade Spinach Fettuccine + Bolognese Sauce Ni resepi yang saya guna : Sumber : Italian Food tapi saya adjust ikut kesesuaian dan selera saya 3 cawan tepung gandum 3 biji telur saiz sederhana ( kalau suka boleh tambah lagi kuning telur) Seikat bayam merah / hijau sedikit garam Cara2:- Bayam saya blend kasi hancur kemudian digoreng tanpa minyak, bila dah agak2 bayam tu layu angkat sila perahkan sedikit agar air bayam keluar. Kemudian tepung diletakkan didalam bekas dan dibuat lubang ditengah2nya. Masukkan telur dan garam serta bayam ditengah2 tepung tersebut, gaul sampai sebati, seandainya tepung keras sila tambahkan air, jangan tambah sekaligus sebaliknya tambahlah satu sudu, satu sudu hingga mendapat doh yang diingini. Rehatkan seketika ( dalam 5 menet camtu lah) kemudian bolehlah digelek dengna menggunakan mesin pasta. Seterusnya, untuk merebus pasta, panaskan air didalam periuk, letakkan sedikit minyak ( dalam 1-2 sudu besar) bila air mendidih, masukkan pasta yang sudah di bentuk melalui mesin pasta, rebus hingga pasta masak ( lebih kurang 10 minit- tetapi terpulang juga pada keadaan api dan jumlah air), kemudian bolehlah ditoskan..jangan lupa titikan 2 sudu besar minyak kedalam pasta yang telah direbus untuk mengelakkan pasta melekat. SOS BOLOGNESE 1 labu bawang putih ( kami memang penggemar bawang putih) 2 kotak kecil tomato pure 2 kotak air masak ( saya guna kotak tomato puree tersebut) 1 biji tomato buah - potong dadu sedikit gula sedikit garam Cendawan butang - terpulanglah banyak mana nak letak 500 gm daging cincang 2 sudu besar minyak zaitun CARA: - Didalam kuali, panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih goreng hingga naik bau dan garing, kemudian masukkan tomato puree, kacau sebati dan masukkan air, bila dah mendidih masukkan daging kedalam sos tomato, disertai buat tomato dan cendawan,rasakan dengan gula dan garam mengikut selera.Biarkan mendidih dan sebati . Tutup api. Kemudian, letakkan fettuccine didalam pinggan dan sendukkan kuah tomato diatas fettuccine tersbut. Lebih enak jika ditaburkan sedikit parmesan cheese....sungguh yummeh!!!! |
No comments:
Post a Comment