Alhamdulillah, rotinya sedap, En suami komen, rasa roti ni lain tau dari yang biasa saya buat, dia tak muak dan tak lah kenyal, diluarnya garing dan rapuh, tapi didalam just nice..tak retilah nak bagitau, tapi sedaplah.
Resepi ayam tandoori pulak saya ambil dari sini , memang sedap sungguh, tak pernah saya tahu rupanya nak buat ayam tandori ni kena letak daun pudina dan ketumbar jugak ye..tapi 2 thumbs uplah untuk resepi ayam ni.
Selain tu sebab terlebih rajin jugak, saya masaklah sikit kuah dal dan sambal lada....so, gabungan ketiga2 jenis ni memang marvelous ....tak caya cuba buat.....
Garlic Naan + Ayam Tandoori + Dhall |
Cun tak ayam tandoori saya?? |
Resepi untuk Garlic Naan :-
2 1/2 cawan tepung roti
1 sudu kecil yis segera
1 labu bawang putih - dicincang halus
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
100ml air
4 sudu besar yogurt asli
2 sudu kecil madu
1 sudu besar butter cair + 3 sudu kecil minyak sapi
1 sudu besar daun ketumbar - dicincang
Cara2:-
Dalam bekas, letakkan garam kemudian diikuti dengan tepung gandum, diikuti semua bahan2 kering. Gaul sebati, Didalm satu jug, satukan air, yogurt, madu dan butter kacau sebati dan tuangkan semua bahan2 cair kedalam bahan2 kering, gaul sebati selama 10 minit atau hingga doh menjadi elastik dan tidak melekat pada tangan. Biarkan doh mengembang 2 kali gandi ( biasanya 1 jam). Bekas hendaklah ditutup dengan "plastic wrap". selepas 1/2 jam bolehlah dipanaskan oven. Apabila doh sudah mengembang 2 kali ganda, tumbuk2 doh untuk buangkan angin dan masukkan daun ketumbar cincang dan biarkan seketika ( 10-15 minit), kemudian bagikan doh kepada bulatan kecil. dan canai leper. Bolehlah dibakar hingga masak. Saya bakar seketika ( dalam 5 minit) kemudian saya grillkan diatas dapur. Untuk dapatkan aroma asap....baru real sikit....hihihihi
Resepi ayam Tandoori
Sumber :Sayasukamasak
2 ekor ayam – belah 4
Rempah ratusnya:
3 biji bawang besar
13 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu teh garam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
yogurt
2 ikat daun ketumbar
2 ikat daun pudina
2 sudu marjerin
2 sudu sos tiram
pewarna merah
CAra:
Semua bahan dikisar hingga hancur kemudian sapukan pada ayam dan perap sekurang2nya 5 jam. Saya perap malam esok saya bakar....selepas 5 jam ayam bolehlah dibakar...memang sedap sebab diluar garing, tapi didalam juicy sangat....:D
note : saya hanya buat 1/2 ekor ayam so, saya kurangkan kuantiti rempah ratus tersebut, dan saya juga gantikan tairu dengan yogurt sebab malas nak buat....:D
No comments:
Post a Comment