Saya memang suka makan avocado atau apa sahaja jenis buah. Kalau tak pernah makan pun saya akan makan. Jadi bila duduk kat sini avocado senang nak dapat, dan harganya kira berpatutan, ada yang murah dan ada yang mahal biasanya mengikut gred dan dari mana buah tu datang.
Selain rasanya yang lemak ala isi kelapa muda gitu, banyak lagi khasiatnya.Dulu, saya pernah buat entri pasal buah ni dulu, kalau nak tahu jenguklah kat sini
Ok, selain buat jus,atau sos saya suka juga buat dessert, caranya yang amat senang dan mudah yet soo sedap uols..buatnya tak sampai 2 minit
Avocado with Milk n Honey.... |
caranya senang aje, ambil sebiji atau dua avocado yang masak,pastu potong buah tu dan letak dalam mangkuk, kemudian tuangkan susu segar ( i used full cream ) sejuk, dan saya tambah satu sudu teh madu, boleh letak 2,3 ketul air batu jika suka., then boleh lah makan....Ya Allah...sedapnya.....
No comments:
Post a Comment