Saturday 26 November 2011

CARAMEL CROISSANT PUDDING - NIGELLA LAWSON

Keluarga saya memang peminat puding roti...apa sahaja jenis puding roti, mesti suka...hari tu masa cari2 resepi puding roti , saya ternampaklah mak cik cun Nigella Lawson ni buat  caramel croissant pudding yang mana sangat cepat, senang dan nampak lazat ya amat....

Masa kat Malaysia dah cuba buat dan bawa ke pejabat, dan Alhamdulillah semua cakap sedap, dan suruh buat lagi ( bukan minta resepi nak buat sendiri, sebaliknya suruh buat lagi...sabarje lah kawan-kawan ku ini ).

Jadi, kebetulan hari tu butter croissant  ni ada sale dekat Carefour, saya  beli la..., dan taraaa...terhasillah Caramel Croissant pudding setelah 2 tahun tak buat, rasanya memang lemak, berkrim dan memang lazat....saya gerenti kalau makan satu sudu, mesti nak 2 sudu...sedap tau..kalau makan masa panas tu lagilah menambah kelazatannya...tak percaya?? apa kata korang semua cuba buat...senang je pun...



CARAMEL CROISSANT PUDDING 

Bahan2 :-

100gm gula putih
sedikit air - untuk di didihkan dengan gula nanti
125ml double cream ( saya campurkan double cream dan whipping cream )
125ml susu segar ( saya pernah guna susu cair -feedback cakap rasanya lebih lemak )
2 biji telur - kacau manja
1 sudu kecil vanilla  - untuk gantikan wine
secubit garam untuk tajamkan rasa
2 -3 biji roti croissant( kalau ada yang buter, lagi bagus ) - disiat2kan dan letak dalam bekas untuk dibakar nanti ,ketepikan.

Cara2 :-

Gula didihkan bersama air hingga bertukar warna kecoklatan ( macam buat gula hangus ), jangan kacau, hanya lenggangkan periuk mcam tu aje. Bila dah bertukar warna, tutup api, dengan cepat-cepat masukkan cream, susu dan kacau cepat - cepat untuk mengelakkan caramel mengeras, in case keras jugak buka api kecil dan bagi cair semua sebati, bila dah sebati, tutup api dan masukkan telur kacau lagi, masukkan garam dan vanilla tadi, kacau kejap untuk sebatikan. Kemudian, tuangkan campuran caramel tadi ke dalam bekas pembakar yang telah diletakkan butter croissant  tadi, tekan2 sikit roti tu dan boleh bakar selama 30 minit dengan suhu 180 - 200 celcius. Makan panas-panas memang sedap...terangkat tau.